[Copy]
8 ALASAN tidak memulakan simpanan emas
Baru-baru ini saya telah pun membuat kaji selidik mengenai apakah
sebenarnya alasan seseorang individu itu untuk tidak memulakan simpanan
emas. Saya telah merakamkan sedikit sebanyak persepsi orang ramai dan
dari pelbagai sudut latar belakang mereka. Setiap dari mereka mempunyai
pelbagai alasan tersendiri dan alasan-alasan mereka ini terikat dengan
aktiviti yang mereka sedang lakukan
sekarang. Merangkumi golongan pelajar, suri rumah dan isteri dan pekerja
makan gaji, keluarga, ini antara 8 alasan mereka untuk tidak memulakan
simpanan emas;
1. Sedang Belajar -
Mungkin ada
di kalangan kita yang masih belajar, bersekolah tinggi atau sedang
bertungkus lumus meningkatkan pointer HPNM mereka di mana-mana pusat
pengajian tinggi awam mahupun swasta. Bagi sesetengah dari mereka, lebih
baik menggunakan wang yang dibiayai itu hanya untuk membeli buku-buku
yang berkaitan dengan kursus yang diceburi supaya cemerlang dalam setiap
semester atau setiap tahun sahaja. Selain daripada buku, banyak lagi
wang mereka dihabiskan untuk keperluan asas bagi seorang pelajar seperti
duit rumah sewa, minyak petrol, makan minum, dobi, kertas A4 untuk
assignment dan tutorial, photostat nota dan bermacam lagi. Walau cermat
mana sekalipun pelajar itu menjaga sistem kewangannya, tetap tidak dapat
mereka hindari masalah kewangan pada zaman ini.
2. Tiada Wang -
Ini adalah alasan yang paling logik dan berakal. Segala-galanya
memerlukan wang. Hendak membuang air pun dikenakan bayaran, manakan pula
membeli emas yang beratus-ratus harganya setiap gram. Alasan ini
contohnya seperti tiada wang, harga emas mahal sangat, tidak mampu
membeli, wang tidak mencukupi dan modal yang sedikit. Alasan seperti ini
sepatutnya dielakkan kerana banyak jalan penyelesaiannya, simpanlah
duit. Ya, mengapa tidak kita simpan dahulu wang gaji, wang saku atau apa
sahaja jenis wang yang kita dapat untuk membeli seketul emas.
Peruntukkanlah sebahagian wang yang anda dapat untuk membeli emas.
Cubalah dan lihat sendiri hasilnya!
3. Takut -
Ini adalah alasan skeptikal bagi sesetengah individu yang berasa sangat
takut ditipu. Bermacam jenis penipuan yang menghantui mereka ini.
Kebiasaannya mereka sudahpun ditipu oleh sang scammer yang melarat di
laman web dewasa ini dan serik untuk mempercayainya lagi. Antara faktor
mereka takut untuk memulakan simpanan emas bukan sahaja takut emas yang
ditempah tidak sampai ke rumah, barangkali emas yang dibeli itu emas
tiruan, takut dicuri atau hilang, dikenakan zakat emas dan tidak mampu
untuk sediakan tempat yang paling selamat untuk emasnya. Sepatutnya
ketakutan ini haruslah dipandang remeh kerana banyak lagi kaedah
berkesan untuk memulakan simpanan emas. Belajarlah tentang selok belok
simpanan emas dahulu sebelum membuat pelbagai andaian yang tak
munasabah.
4. Tidak Yakin Dengan Pelaburan Emas -
Alasan seperti ini merupakan tanggapan kebanyakan orang yang
mempercayai wang adalah satu-satunya alat ukuran bagi keselamatan
kewangan seseorang. Secara tipikalnya, ini adalah di bawah pengaruh
rakan sebaya atau keluarga kolot dan tidak mempercayai tentang pelaburan
emas. Mereka sangat percaya bahawa wang boleh digunakan sampai
bila-bila sehingga kiamat. Jika memiliki wang yang sangat banyak
disimpan di bank, ia dianggap memiliki aset yang paling kukuh dan
selamat buat selama-lamanya tanpa memikirkan jangka masa panjang.
Bagaimana jika berlakunya peperangan atau inflasi yang teruk? Simpanan
wang bukanlah seperti simpanan emas kerana harga emas akan sentiasa
meningkat manakala wang sentiasa ada pasang surutnya. Sekurang-kurangnya
melaburlah emas walaupun sedikit demi masa hadapan anda sendiri.
5. Tiada Masa -
Alasan ini mungkin sama seperti yang digunakan oleh golongan pelajar
tetapi ini juga selalunya disuarakan oleh golongan suri rumah wanita
mahupun lelaki, yang perlu menjaga anak-anak, menguruskan kerja-kerja di
rumah, basuh baju, memasak, mencuci pinggan mangkuk. Selepas selesai
semua kerja-kerja tadi, badan pun letih, mulalah rasa mengantuk dan
terlelaplah sehingga pasangan anda pulang ke rumah pada sebelah
petangnya. Malam pula giliran pasangan untuk diurus dan pada masa yang
sama ia juga seorang pelajar. Sudah tentu masa yang ada teramat terhad
bagi golongan seperti ini untuk memulakan simpanan emas. Masa bukanlah
masalah untuk tidak memulakan simpanan emas ini kerana ia boleh
diuruskan bersama-sama pasangan.
6. Tidak Tahu Caranya Menyimpan Emas -
Ini juga merupakan faktor utama penggiat penyimpan emas melebarkan
sayap, meluaskan ilmu penyimpanan emas serata tempat. Ini bertujuan
mengelakkan golongan yang tidak tahu selok belok emas ini rugi
bertahun-tahun lamanya dengan membuat pelaburan selain daripada simpanan
emas. Ada golongan mereka yang membuat pelaburan selain dari emas
menyesal kerana lambat menerima hakikat bahawa menimpan emas lebih
menguntungkan daripada pelaburan lain seperti ASB, saham syarikat,
insurans dan sebagainya. Satu lagi alasan yang lebih kurang sama adalah
mereka tidak tahu strategi ‘membunuh’ untuk menjadikan pelaburan emas
ini sebagai perniagaan sambilan mereka yang boleh dikekalkan
turun-temurun.
7. Lambat Dapat Untung -
Sebenarnya dalam melabur emas ada pasang surutnya, seperti laut. ada
masa harga emas jatuh dan murah, pada masa itulah kita mesti membelinya
kerana tidak lama lagi harga emas akan naik semula dan jual pada masa
itu juga. Ada di antara kita menggunakan alasan pelaburan emas ini
bersifat jangka masa panjang dan menganggap perlu dijual pada masa 10
tahun akan datang, dan diberi kepada anak cucu cicit. Ada juga
sesetengah pihak yang cerdik pandai mengikuti arus berita isu semasa
dengan mengetahui harga emas tidak melonjak naik-naik lagi. Terakhir
kali, peak pada September 2011. Kata mereka, lebih baik dilaburkan dalam
pelaburan lain. Ini luahan pelabur yang mengharap keuntungan tahunan
katanya.
8. Tunggu Masa Yang Sesuai -
Alasan
yang terakhir, mereka ini sudah faham dan percaya akan keuntungan
menyimpan emas, tetapi mereka ingin menunggu dahulu harga emas turun
sedikit lagi. Ini bertujuan untuk mendapat keuntungan berlipat kali
ganda ketika mereka ingin jualnya semula.
Kesimpulannya,
dapatlah saya nyatakan bahawa alasan sahaja tidak dapat membuatkan kita
berjaya dalam sesuatu bidang yang ingin diterokai. Cubalah dahulu dan
ambillah pengalaman kerana pengalamanlah guru terbaik buat kita. Jadi
mulakanlah sekarang menyimpan emas!
Saturday, 30 November 2013
Kenapa Dinar Dirham
Kesedaran tentang kepentingan Dinar dan Dirham sudah mula tersebar ke dunia Islam. Cuma, kesedaran itu masih belum menyeluruh. Mungkin kerana masyarakat masih 'takut-takut' untuk membeli emas dan perak.
Mereka takut-takut untuk melestarikan syariat Islam kerana untuk membeli emas dan perak, sudah tentu ia memerlukan modal yang besar. Tetapi peliknya masyarakat kita tidak pula takut-takut untuk melabur dalam ASB, Forex Trading, dan saham (saham kapitalis) yang kita tahu status hukumnya adalah haram.
Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab mereka yang telah jaga dari tidur untuk mengejutkan umat Islam yang masih tidur diulit mimpi basah yang sungguh enak itu.
Antara keistimewaan Dinar dan Dirham:
1. Jaminan daripada Rasulullah SAW
Rasulullah SAW telah menjamin kedudukan Dinar dan Dirham sejak 1400 tahun lalu. Yakinlah sepenuh hati dengan hadis ini. Jangan ada sebarang keraguan!
Maksud hadis:
Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham" [Musnad Ahmad]
2. Kelebihan
- Dinar dan Dirham adalah matawang yang sebenar
- Boleh digunakan sebagai mahar, hadiah, koleksi, dan sebagainya
- Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
- Warna dan sifatnya yang menawan yang membangkitkan naluri kemanusiaan
- Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia
- Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar
- Kalis inflasi. Tidak seperti wang fiat, di mana nilai wang fiat jatuh dari semasa ke semasa akibat daripada aplikasi riba
Jadi, tunggu apa lagi? Kalau ada duit simpanan dalam bank, jangan simpan dan biarkan ia di dalam bank! Tapi gunakan wang tu untuk membeli Dinar dan Dirham! Lebih baik menyimpan Dinar dan Dirham (yang mempunyai nilai di sisi syariat dan di dunia) daripada menyimpan wang kertas.
kita manusia yg punya akal.. lihatlah dengan mata, fikirlah dengan akal dan menaakul dengan hati..semoga bermanfaat..
BERMINAT UNTUK MEMILIKI DINAR BERKELUTELAN 999.9 ATAU JONGKONG EMAS??
pm/hubungi saya di 013 252 8020 atau isikan maklumat anda di sini untuk saya hubungi anda.. http://www.gcp.com.my/
THE BEST PRICE EVER ONLY AT GCP..
nice design, nice price..ur trusted brand, GCP.
Faham dan tahu
Apabila orang lain TIDAK FAHAM,anda FAHAM apa yang anda buat,
Apabila orang lain TIDAK TAHU,anda TAHU,
Apabila orang lain akhirnya FAHAM,anda sudah menjadi KAYA,
Apabila orang akhirnya TAHU,anda pula SUDAH BERJAYA..
Sudahkah anda memiliki emas ?
Nak bermula,tapi tak tau di mana?
Sertai beribu pelanggan GCP yang lain dan rebut peluang menjadi pengedar emas
BERTINDAK sekarang
Apabila orang lain TIDAK TAHU,anda TAHU,
Apabila orang lain akhirnya FAHAM,anda sudah menjadi KAYA,
Apabila orang akhirnya TAHU,anda pula SUDAH BERJAYA..
Sudahkah anda memiliki emas ?
Nak bermula,tapi tak tau di mana?
Sertai beribu pelanggan GCP yang lain dan rebut peluang menjadi pengedar emas
BERTINDAK sekarang
Emas dan manusia tidak boleh dipisahkan..
Tak suke emas??bermakna anda hilang fitrah seorang insan
**************************
Kisah Emas dan Penyesalan Akhirat
Tersebut al-kisah.
Seorang Raja dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.
Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Raja tersebut untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Raja tersebut.
Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.
1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.
2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"
3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.
4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.
Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFIR Laknatullah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.
Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..
Emas sebagai Modal
Tak cukup duit nak beli rumah?
Tak cukup duit nak beli kereta?
Tak cukup duit nak beli tanah utk bercucuk tanam?
Tak cukup duit utk buat modal berniaga?
Kenapa risau,jadikan duit apa yg ada hari ini,sebagai modal anda untuk hari yg mendatang..
Convert "RM" kepada "GOLD"..
Daripada habiskan membeli liabiliti,simpan dalam bentuk aset..
Sejarah menunjukkan,simpanan 500g emas pada tahun 2002 (bernilai RM15ribu) ,mampu membeli sebuah rumah pada hari ini (bernilai RM100ribu).
Mengapa perlu tunggu lagi 10 tahun sedangkan anda boleh bermula sekarang..
FOKUS:::FOKUS:::FOKUS:::FO KUS:::FOKUS:::
Tak cukup duit nak beli kereta?
Tak cukup duit nak beli tanah utk bercucuk tanam?
Tak cukup duit utk buat modal berniaga?
Kenapa risau,jadikan duit apa yg ada hari ini,sebagai modal anda untuk hari yg mendatang..
Convert "RM" kepada "GOLD"..
Daripada habiskan membeli liabiliti,simpan dalam bentuk aset..
Sejarah menunjukkan,simpanan 500g emas pada tahun 2002 (bernilai RM15ribu) ,mampu membeli sebuah rumah pada hari ini (bernilai RM100ribu).
Mengapa perlu tunggu lagi 10 tahun sedangkan anda boleh bermula sekarang..
FOKUS:::FOKUS:::FOKUS:::FO
Jangan Jual Emas
Jangan jual emas anda tanpa sebab.Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti.
Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah
2.Hartanah
3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas)
4. Modal bisnes
5.Keperluan atau terdesak
Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.
Tip menjual di FB
Bila menjual barangan PREMIUM, jual lah MAKLUMAT! MAKLUMAT, MAKLUMAT!
Tips menjual di Facebook!
Amalkan posting '4 baru 1'.
Buat 4 posting tentang maklumat bisnes kita, BARU buat 1 posting dengan 'call to action' utk menjual.
Ceritalah tentang aktiviti bisnes kita.
Cara ini dapat mengelakkan orang meluat dgn posting kita.
Selamat mencuba!! ♥♥♥
Tips menjual di Facebook!
Amalkan posting '4 baru 1'.
Buat 4 posting tentang maklumat bisnes kita, BARU buat 1 posting dengan 'call to action' utk menjual.
Ceritalah tentang aktiviti bisnes kita.
Cara ini dapat mengelakkan orang meluat dgn posting kita.
Selamat mencuba!! ♥♥♥
Logik Emosi Action
.
1. Butang Logik
Ini butang yang paling berpengaruh. Ayat pertama wajib logikal.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Tahun 2002,emas rm30/g
Tahun 2012,emas rm200/g
Sejarah kenaikan 500% harga emas dalam tempoh 10 tahun
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
.
2. Butang Emosi
Ayat copy yang 'masuk akal' tidak cukup. Sekadar target faham dan dia setuju.
Ayat copy juga mesti mencetuskan emosi 'suka'.... Jadi, target faham, setuju, dan suka apa yang dibacanya.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Mungkin "sejarah" itu berulang kembali ?
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
.
3. Butang Action
Kalau target setakat faham, setuju, dan menyukai apa yang dibacanya.... Memang tidak ada duit masuk akaun bank kita!
Target mesti faham, setuju, suka, dan terus TAKE ACTION! Barulah kita dapat duit mereka.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Anda nak berada mereka yg menyaksikan "sejarah" itu berulang,atau anda mahu sama2 merasai detik2 tersebut. Miliki Gram Emas pertama anda sekarang..
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Diskaun RM6/g dengan "COPY" ayat dibawah,dan "POST" kat wall saya.
Minimum pembelian goldbar 1g
{ Assalamualaikum..Saya inginkan diskaun RM5/g.Pm saya no akaun En Hafiz Addnan }
1. Butang Logik
Ini butang yang paling berpengaruh. Ayat pertama wajib logikal.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Tahun 2002,emas rm30/g
Tahun 2012,emas rm200/g
Sejarah kenaikan 500% harga emas dalam tempoh 10 tahun
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
.
2. Butang Emosi
Ayat copy yang 'masuk akal' tidak cukup. Sekadar target faham dan dia setuju.
Ayat copy juga mesti mencetuskan emosi 'suka'.... Jadi, target faham, setuju, dan suka apa yang dibacanya.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Mungkin "sejarah" itu berulang kembali ?
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
.
3. Butang Action
Kalau target setakat faham, setuju, dan menyukai apa yang dibacanya.... Memang tidak ada duit masuk akaun bank kita!
Target mesti faham, setuju, suka, dan terus TAKE ACTION! Barulah kita dapat duit mereka.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Anda nak berada mereka yg menyaksikan "sejarah" itu berulang,atau anda mahu sama2 merasai detik2 tersebut. Miliki Gram Emas pertama anda sekarang..
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Diskaun RM6/g dengan "COPY" ayat dibawah,dan "POST" kat wall saya.
Minimum pembelian goldbar 1g
{ Assalamualaikum..Saya inginkan diskaun RM5/g.Pm saya no akaun En Hafiz Addnan }
Wednesday, 27 November 2013
Nasihat yang kita tak sedar
bank pun dh bgtahu apa "simpanan@pelaburan" yg sebenar..
Antara faham atau buat2 tak faham jer...^^
Korang yg pernah lalu depan maybank pasti akan perasan Iklan ni kann...
Jum kita analisa sikit apa yg dorg nk smpaikan....
Sesuatu yang kita selalu lupakan walaupaun kita selalu nampak… gambar yang selalu kita tidak penah terfikir, hanya sepintas lalu dihadapan kita tetapi kita biarkan sahaja... Biasa Pihak bank tulis apa dalam iklan2 mereka? Tambahkan pelaburan anda..biasa mereka letak gambar ape?
duit emas dan dinar,ketulan2 emas kannn.... nape tidak gambar akaun ASNB atau kertas2 amanah saham? atau kertas RM,iklan untuk unit amanah saham, tetapi emas juga yang dijadikan pilihan. Kenapa?saya pun tidak tahu.
Pada saya: 1. Ini adalah nasihat sebenar pihak bank secara halus tetapi ramai yang tidak ambil peduli dan tak faham... Bagi yang faham, mereka akan bersetuju bahawa pelaburan sebenar adalah emas. Tetap bagi saya emas bukan sahaja instrumen pelaburan tetapi ia adalah aset sebenar lagi nyata seperti juga hartanah, rumah dan live stock(tumbuhan dan haiwan). Cumanya emas boleh dibeli/diperolehi sedikit-sedikit (1g,2g dan seterusnya berkilo-kilo ) mudah dibahagikan dan dicairkan kepada matawang…tidak seperti hartanah dan rumah perlu wang yang banyak untuk memperolehnya…juga memerlukan masa untuk membeli dan menjual…(tapi kalau pergi kedai jual bunga dn pasu,boleh beli la tanah satu paket satu paket....
2. Pihak bank tidak akan secara nyata dan terang tanpa peru bersuluh menasihatkan anda untuk memiliki emas, walaupun mereka tahu emas adalah aset sebenar berbanding unit amanah yang bersifat fragile/rapuh… kerana seperti yang saya nyatakan diatas, teras utama bagi sebuah perniagaan perbankan adalah memberi hutang. “When u control debt, u control anything”. Bila anda mengawal hutang, anda mengawal segalanya.
Hadiah RM100,000.00 tu datang dari mana? berapa percent anda perlu bayar sebulan bagi pembiyaan anda didarap dengan 10tahun @20tahun? cukup RM100,000.00? Maaf mungkin saya salah kira.. anda lebih pandai mengira. Lihat saja Along, anda boleh bayangkan.
Sekian. semoga memperoleh “sesuatu”. Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Segala pandangan anda saya terima. Keputusan adalah ditangan anda.Saya tidak makan duit dan matawang anda.Jangan "sabotaj" diri anda sendiri.
Thursday, 21 November 2013
Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak
"Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."
----------------------------------
1 dinar bersamaan 4.25g
1 dirham bersamaan 2.975g
-----------------------------------
“Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu”. Allah berfirman: “AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
Surah Al-A'raf (156)
..............ZAKAT...........
maka nisab zakat untuk emas adalah ,20 dinar x 4.25g =85g maka jumlah yang diperlukan di keluarkan adalah setengah dinar,yakni, 4.25g/2 =2.125g
dengan kata lain,jika kita mempunyai 85g emas,maka wajib dikeluakan zakat sebanyak 2.125g emas
berapa peratus?
( 2.125g / 85g ) x100=2.5%
................ZAKAT.........
maka nisab zakat untukperak adalah ,200 dirham x 2.975 =595g maka jumlah yg diperlukan di keluarkan adalah 5 dirham,yakni, 5 x 2.975 = 14.875g
dengan kata lain,jika kita mempunyai 595g emas,maka wajib dikelurakan zakat sebanyak 14.875g emas
berapa peratus?
( 14.875g / 595g ) x100=2.5% (sama jer mcm emas kan..)
sebab tu zakat perniagaan.pendapatan,jabatan agama akan ambil 2.5%.Sebabnya dari kisah yang ni lah
Mohd Hafiz Bin Addnan
Pakar Emas dan perak ( perghhhh..angkat bakul tuu..dah korang taknak tolong angkat..haha)
Wednesday, 20 November 2013
servis duit ?
Boleh tak nak cakap macam ni..
Saya pakar servis duit anda..
Tak kisah anda kaya atau belum kaya,anda tetap ada duit kan..
Saya boleh servis duit anda..
Dan tukarkan kertas dan plastik tersebut menjadi LOGAM BERHARGA iaitu *EMAS*
So boleh berikan helaian yg tertertentu bilangannya utk says servis wang kertas anda..
18 helai Rm10,saya akan servis,dan repair mana yg rosak,dan pulangkan kepada anda dalam bentuk kepingan emas..
.................
Buat apa simpan kertas yg dimakan anai anai
baik elok simpan emas berkarat karat tapi bernilai
Tuesday, 19 November 2013
Haji Emas atau Haji Kertas ?
Article yang saya tulis tahun lepas di Facebook
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4805046813693&set=a.1580351318321.174346.1521821286&type=1&theater
Semalam sempat menonton salam Baitullah di TV1..bertajuk "haji muda"..
Ustaz Ridhuan Tee sbg hos dan Ustaz Daud sbg panel..
Ustaz tu kata,elok pergi awal2..banyak ibadah boleh buat.Dapat berjalan jauh lihat tempat2 sejarah..
PAstu ada pulak org call,..tapi tak ingat nama nye..Maka kata si pemanggil itu,
Incik A:Saya ni ustaz dh berkeluarga, anak ramai,gaji tak seberapa....ada la dah simpan dengan tabung haji...Masa mula2 simpan dari tahun 2001.Ada la dalam Rm30 sebulan..potong gaji jer ustaz...itulah ,sampai sekarang masih tak pergi la..hati tu,memang nak sgt ke sana.....
(lebih kurang la dialog incik a tu)...
meh kita kira berapa agaknyer duit pakcik tu....mesti bykkan kan..dekat hampir 11 tahun dia menyimpan secara istiqomah wang kat tabung haji..takkan tak cukup lagi kot...???
RM30 x 12 bulan x 12 tahun = RM4320.....(mana ckup,tahun nie jer dekat 10 ribu...)
jika Incik A itu tak simpan dalam tabung haji,tapi dia beli emas tiap2 bulan, brpe "RM" dia ada skrg???
Tahun 2001/2002 : harga emas dalam average rm30-rm40
so incik A dah boleh ada dalam tangan lebih kurang 24gram emas..
modal : Rm30 x 24bulan = RM720(24gram)
tahun 2003 : RM39 x 12 = rm468(12gram)
tahun 2004 :RM46 x 12 = RM552(12 gram)
tahun 2005 : RM59 x 12 = RM708(12gram)
jumlah semua RM2448,utk beli emas..
tapi selepas tahun 2005,Incik langsung dah tak beli emas,dan langsung tak simpan dalam tabung haji...
tiba2 hatinyer tergerak nak pergi haji..lalu Incik A bawak semua emas dia pergi jual di kedai...so dari modal die RM2448 bersamaan 60 gram emas,berapa agaknyer dia boleh dapat RM pd hari ini..
Hari ini 1 gram lebih kurang RM200..so 60gram x RM200,tak ker dh dapat Rm12ribu....
so pelaburan simpan emas RM2448 sejak 2001-2005,bernilai Rm12ribu pada 20012........
Anda nampak tak apa yg saya nampak..
Anda faham tak apa yg saya faham...
Anda pun mgkin akan pergi haji dalam 10 tahun akan dtg jugak....
Jika terus menyimpan Rm200 sebulan dalam tabung haji pada hari ini,nasib anda sama macam Incik A..tahun 2022,anda still tak cukup duit ke Makkah,walaupun anda simpan Rm200 sebulan bermula tahun 2012 sehingga 2022 (sepuluh tahun simpan duit).....
Saturday, 9 November 2013
kertas atau emas?
Mungkin
kita tak pernah terfikir bahawa EMAS adalah aset kekayaan sebenar
kerana kita telah dipukau dengan sekeping kertas yg boleh dikoyak.
Mari kita mendalami lebih mendalam ilmu tentang emas. US yg
memperkenalkan matawang kertas jg merupakan penyimpan emas terbesar. Dan
tunggulah saatnya, wang kertas dihapuskan.....
Apa yang ada pada sekeping kertas yg telah dimansuhkan nilainya? ??????
Nabi saw telah mengingatkan akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih bernilai melainkan emas dan perak.
~BERHARGAKAH NILAI WANG ANDA JIKA BERLAKU DARURAT? ??
~GCP MENYEDIAKAN EMAS SERENDAH .............................. .............................. ...1 GRAM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
TIP EMAS: KENAPA PERLU ANDA SIMPAN EMAS SEKECIL 1...
-
FAEDAH MENJADI PENGEDAR FAEDAH MENJADI PENGEDAR. Dengan caj Pengedar RM1000 seumur hidup, pengedar akan dapat:- 1)Membeli emas dengan ha...
-
# Pengalaman saya sendiri bersama-sama salah seorang customer pada suatu pagi yang indah. Bagi memberikan kepastian kepada beliau bahawa...
-
Apa itu perniagaan emas? Perniagaan emas ni adalah macam perniagaan barang2 yg lain. Kita BELI emas,kemudian JUAL pada customer So persoalan...
-
Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Be...
-
BANGGA…Kamariah menunjukkan sebahagian barangan kemas hasil kegigihannya bermain kutu. “KALAU diikutkan, semua orang ada saja benda mahu...
-
Perkongsian menarik : Sesuai bagi individu-individu di luar sana yang merupakan penyimpan wang kertas tegar... & berhasrat untuk ...
-
Ada orang kata, " Buat apa beli kereta mewah, itu bukan pelaburan yang baik, biar kereta biasa-biasa sahaja, asalkan ada aset yang ...
-
Assalamualaikum.. Mesti ramai pembaca setia yang tertunggu-tunggu coretan GCP tentang topik nih!!! Ehehehe... Setiap kali apabi...
-
Pengenalan Sejarah penggunaan emas dalam kehidupan memang lama-hampir seusia dengan sejarah manusia sendiri Selepas kejatuhan ekonom...