Wednesday, 27 November 2013

Nasihat yang kita tak sedar



bank pun dh bgtahu apa "simpanan@pelaburan" yg sebenar..
Antara faham atau buat2 tak faham jer...^^
Korang yg pernah lalu depan maybank pasti akan perasan Iklan ni kann...

Jum kita analisa sikit apa yg dorg nk smpaikan....

Sesuatu yang kita selalu lupakan walaupaun kita selalu nampak… gambar yang selalu kita tidak penah terfikir, hanya sepintas lalu dihadapan kita tetapi kita biarkan sahaja... Biasa Pihak bank tulis apa dalam iklan2 mereka? Tambahkan pelaburan anda..biasa mereka letak gambar ape?

duit emas dan dinar,ketulan2 emas kannn.... nape tidak gambar akaun ASNB atau kertas2 amanah saham? atau kertas RM,iklan untuk unit amanah saham, tetapi emas juga yang dijadikan pilihan. Kenapa?saya pun tidak tahu.

Pada saya: 1. Ini adalah nasihat sebenar pihak bank secara halus tetapi ramai yang tidak ambil peduli dan tak faham... Bagi yang faham, mereka akan bersetuju bahawa pelaburan sebenar adalah emas. Tetap bagi saya emas bukan sahaja instrumen pelaburan tetapi ia adalah aset sebenar lagi nyata seperti juga hartanah, rumah dan live stock(tumbuhan dan haiwan). Cumanya emas boleh dibeli/diperolehi sedikit-sedikit (1g,2g dan seterusnya berkilo-kilo ) mudah dibahagikan dan dicairkan kepada matawang…tidak seperti hartanah dan rumah perlu wang yang banyak untuk memperolehnya…juga memerlukan masa untuk membeli dan menjual…(tapi kalau pergi kedai jual bunga dn pasu,boleh beli la tanah satu paket satu paket....

2. Pihak bank tidak akan secara nyata dan terang tanpa peru bersuluh menasihatkan anda untuk memiliki emas, walaupun mereka tahu emas adalah aset sebenar berbanding unit amanah yang bersifat fragile/rapuh… kerana seperti yang saya nyatakan diatas, teras utama bagi sebuah perniagaan perbankan adalah memberi hutang. “When u control debt, u control anything”. Bila anda mengawal hutang, anda mengawal segalanya.

Hadiah RM100,000.00 tu datang dari mana? berapa percent anda perlu bayar sebulan bagi pembiyaan anda didarap dengan 10tahun @20tahun? cukup RM100,000.00? Maaf mungkin saya salah kira.. anda lebih pandai mengira. Lihat saja Along, anda boleh bayangkan.

Sekian. semoga memperoleh “sesuatu”. Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Segala pandangan anda saya terima. Keputusan adalah ditangan anda.Saya tidak makan duit dan matawang anda.Jangan "sabotaj" diri anda sendiri.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive