Thursday, 21 November 2013

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak




"Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."

----------------------------------
1 dinar bersamaan 4.25g
1 dirham bersamaan 2.975g
-----------------------------------

“Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu”. Allah berfirman: “AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.

Surah Al-A'raf (156)
..............ZAKAT...................................EMAS.....................

maka nisab zakat untuk emas adalah ,20 dinar x 4.25g =85g maka jumlah yang diperlukan di keluarkan adalah setengah dinar,yakni, 4.25g/2 =2.125g

dengan kata lain,jika kita mempunyai 85g emas,maka wajib dikeluakan zakat sebanyak 2.125g emas

berapa peratus?

( 2.125g / 85g ) x100=2.5%

................ZAKAT....................................PERAK...............

maka nisab zakat untukperak adalah ,200 dirham x 2.975 =595g maka jumlah yg diperlukan di keluarkan adalah 5 dirham,yakni, 5 x 2.975 = 14.875g

dengan kata lain,jika kita mempunyai 595g emas,maka wajib dikelurakan zakat sebanyak 14.875g emas

berapa peratus?

( 14.875g / 595g ) x100=2.5% (sama jer mcm emas kan..)

sebab tu zakat perniagaan.pendapatan,jabatan agama akan ambil 2.5%.Sebabnya dari kisah yang ni lah

Mohd Hafiz Bin Addnan
Pakar Emas dan perak ( perghhhh..angkat bakul tuu..dah korang taknak tolong angkat..haha)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive