[Copy]
8 ALASAN tidak memulakan simpanan emas
Baru-baru ini saya telah pun membuat kaji selidik mengenai apakah
sebenarnya alasan seseorang individu itu untuk tidak memulakan simpanan
emas. Saya telah merakamkan sedikit sebanyak persepsi orang ramai dan
dari pelbagai sudut latar belakang mereka. Setiap dari mereka mempunyai
pelbagai alasan tersendiri dan alasan-alasan mereka ini terikat dengan
aktiviti yang mereka sedang lakukan
sekarang. Merangkumi golongan pelajar, suri rumah dan isteri dan pekerja
makan gaji, keluarga, ini antara 8 alasan mereka untuk tidak memulakan
simpanan emas;
1. Sedang Belajar -
Mungkin ada
di kalangan kita yang masih belajar, bersekolah tinggi atau sedang
bertungkus lumus meningkatkan pointer HPNM mereka di mana-mana pusat
pengajian tinggi awam mahupun swasta. Bagi sesetengah dari mereka, lebih
baik menggunakan wang yang dibiayai itu hanya untuk membeli buku-buku
yang berkaitan dengan kursus yang diceburi supaya cemerlang dalam setiap
semester atau setiap tahun sahaja. Selain daripada buku, banyak lagi
wang mereka dihabiskan untuk keperluan asas bagi seorang pelajar seperti
duit rumah sewa, minyak petrol, makan minum, dobi, kertas A4 untuk
assignment dan tutorial, photostat nota dan bermacam lagi. Walau cermat
mana sekalipun pelajar itu menjaga sistem kewangannya, tetap tidak dapat
mereka hindari masalah kewangan pada zaman ini.
2. Tiada Wang -
Ini adalah alasan yang paling logik dan berakal. Segala-galanya
memerlukan wang. Hendak membuang air pun dikenakan bayaran, manakan pula
membeli emas yang beratus-ratus harganya setiap gram. Alasan ini
contohnya seperti tiada wang, harga emas mahal sangat, tidak mampu
membeli, wang tidak mencukupi dan modal yang sedikit. Alasan seperti ini
sepatutnya dielakkan kerana banyak jalan penyelesaiannya, simpanlah
duit. Ya, mengapa tidak kita simpan dahulu wang gaji, wang saku atau apa
sahaja jenis wang yang kita dapat untuk membeli seketul emas.
Peruntukkanlah sebahagian wang yang anda dapat untuk membeli emas.
Cubalah dan lihat sendiri hasilnya!
3. Takut -
Ini adalah alasan skeptikal bagi sesetengah individu yang berasa sangat
takut ditipu. Bermacam jenis penipuan yang menghantui mereka ini.
Kebiasaannya mereka sudahpun ditipu oleh sang scammer yang melarat di
laman web dewasa ini dan serik untuk mempercayainya lagi. Antara faktor
mereka takut untuk memulakan simpanan emas bukan sahaja takut emas yang
ditempah tidak sampai ke rumah, barangkali emas yang dibeli itu emas
tiruan, takut dicuri atau hilang, dikenakan zakat emas dan tidak mampu
untuk sediakan tempat yang paling selamat untuk emasnya. Sepatutnya
ketakutan ini haruslah dipandang remeh kerana banyak lagi kaedah
berkesan untuk memulakan simpanan emas. Belajarlah tentang selok belok
simpanan emas dahulu sebelum membuat pelbagai andaian yang tak
munasabah.
4. Tidak Yakin Dengan Pelaburan Emas -
Alasan seperti ini merupakan tanggapan kebanyakan orang yang
mempercayai wang adalah satu-satunya alat ukuran bagi keselamatan
kewangan seseorang. Secara tipikalnya, ini adalah di bawah pengaruh
rakan sebaya atau keluarga kolot dan tidak mempercayai tentang pelaburan
emas. Mereka sangat percaya bahawa wang boleh digunakan sampai
bila-bila sehingga kiamat. Jika memiliki wang yang sangat banyak
disimpan di bank, ia dianggap memiliki aset yang paling kukuh dan
selamat buat selama-lamanya tanpa memikirkan jangka masa panjang.
Bagaimana jika berlakunya peperangan atau inflasi yang teruk? Simpanan
wang bukanlah seperti simpanan emas kerana harga emas akan sentiasa
meningkat manakala wang sentiasa ada pasang surutnya. Sekurang-kurangnya
melaburlah emas walaupun sedikit demi masa hadapan anda sendiri.
5. Tiada Masa -
Alasan ini mungkin sama seperti yang digunakan oleh golongan pelajar
tetapi ini juga selalunya disuarakan oleh golongan suri rumah wanita
mahupun lelaki, yang perlu menjaga anak-anak, menguruskan kerja-kerja di
rumah, basuh baju, memasak, mencuci pinggan mangkuk. Selepas selesai
semua kerja-kerja tadi, badan pun letih, mulalah rasa mengantuk dan
terlelaplah sehingga pasangan anda pulang ke rumah pada sebelah
petangnya. Malam pula giliran pasangan untuk diurus dan pada masa yang
sama ia juga seorang pelajar. Sudah tentu masa yang ada teramat terhad
bagi golongan seperti ini untuk memulakan simpanan emas. Masa bukanlah
masalah untuk tidak memulakan simpanan emas ini kerana ia boleh
diuruskan bersama-sama pasangan.
6. Tidak Tahu Caranya Menyimpan Emas -
Ini juga merupakan faktor utama penggiat penyimpan emas melebarkan
sayap, meluaskan ilmu penyimpanan emas serata tempat. Ini bertujuan
mengelakkan golongan yang tidak tahu selok belok emas ini rugi
bertahun-tahun lamanya dengan membuat pelaburan selain daripada simpanan
emas. Ada golongan mereka yang membuat pelaburan selain dari emas
menyesal kerana lambat menerima hakikat bahawa menimpan emas lebih
menguntungkan daripada pelaburan lain seperti ASB, saham syarikat,
insurans dan sebagainya. Satu lagi alasan yang lebih kurang sama adalah
mereka tidak tahu strategi ‘membunuh’ untuk menjadikan pelaburan emas
ini sebagai perniagaan sambilan mereka yang boleh dikekalkan
turun-temurun.
7. Lambat Dapat Untung -
Sebenarnya dalam melabur emas ada pasang surutnya, seperti laut. ada
masa harga emas jatuh dan murah, pada masa itulah kita mesti membelinya
kerana tidak lama lagi harga emas akan naik semula dan jual pada masa
itu juga. Ada di antara kita menggunakan alasan pelaburan emas ini
bersifat jangka masa panjang dan menganggap perlu dijual pada masa 10
tahun akan datang, dan diberi kepada anak cucu cicit. Ada juga
sesetengah pihak yang cerdik pandai mengikuti arus berita isu semasa
dengan mengetahui harga emas tidak melonjak naik-naik lagi. Terakhir
kali, peak pada September 2011. Kata mereka, lebih baik dilaburkan dalam
pelaburan lain. Ini luahan pelabur yang mengharap keuntungan tahunan
katanya.
8. Tunggu Masa Yang Sesuai -
Alasan
yang terakhir, mereka ini sudah faham dan percaya akan keuntungan
menyimpan emas, tetapi mereka ingin menunggu dahulu harga emas turun
sedikit lagi. Ini bertujuan untuk mendapat keuntungan berlipat kali
ganda ketika mereka ingin jualnya semula.
Kesimpulannya,
dapatlah saya nyatakan bahawa alasan sahaja tidak dapat membuatkan kita
berjaya dalam sesuatu bidang yang ingin diterokai. Cubalah dahulu dan
ambillah pengalaman kerana pengalamanlah guru terbaik buat kita. Jadi
mulakanlah sekarang menyimpan emas!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
TIP EMAS: KENAPA PERLU ANDA SIMPAN EMAS SEKECIL 1...
-
FAEDAH MENJADI PENGEDAR FAEDAH MENJADI PENGEDAR. Dengan caj Pengedar RM1000 seumur hidup, pengedar akan dapat:- 1)Membeli emas dengan ha...
-
# Pengalaman saya sendiri bersama-sama salah seorang customer pada suatu pagi yang indah. Bagi memberikan kepastian kepada beliau bahawa...
-
Apa itu perniagaan emas? Perniagaan emas ni adalah macam perniagaan barang2 yg lain. Kita BELI emas,kemudian JUAL pada customer So persoalan...
-
Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Be...
-
BANGGA…Kamariah menunjukkan sebahagian barangan kemas hasil kegigihannya bermain kutu. “KALAU diikutkan, semua orang ada saja benda mahu...
-
Perkongsian menarik : Sesuai bagi individu-individu di luar sana yang merupakan penyimpan wang kertas tegar... & berhasrat untuk ...
-
Ada orang kata, " Buat apa beli kereta mewah, itu bukan pelaburan yang baik, biar kereta biasa-biasa sahaja, asalkan ada aset yang ...
-
Assalamualaikum.. Mesti ramai pembaca setia yang tertunggu-tunggu coretan GCP tentang topik nih!!! Ehehehe... Setiap kali apabi...
-
Pengenalan Sejarah penggunaan emas dalam kehidupan memang lama-hampir seusia dengan sejarah manusia sendiri Selepas kejatuhan ekonom...
No comments:
Post a Comment