Sunday, 27 October 2013
Emas GCP, "Betul ke EMAS ni?"
# Pengalaman saya sendiri bersama-sama salah seorang customer pada suatu pagi yang indah. Bagi memberikan kepastian kepada beliau bahawa produk-produk emas di GCP dalam urusan jual beli adalah 0% penipuan. Saya ke kedai emas terkemuka W** **** pada pagi itu di sekitar negeri Melaka bersama-sama customer tersebut.
Saya : Tauke, boleh ke sy nk check ketulenan emas kat sini? (Sambil senyum, buat muke manis sket, hihi)
Tauke : Boleh ma... Meh sini kasi saya tengok.
Saya : Berapa charge mau bayar?
Tauke : Untuk amoi cantik x pyh bayar punye maa... (Nak amik hati saya le tu.. kahkahkah!)
Saya : Ok, kejap ye tauke. (Saya pun keluarkan dinar GCP ketulenan 999.9 dengan berat 4.25g)
Tauke : Ok, amoi tunggu sekejap. Saya pergi check. amoi tengok2 dulu la barang2 kat sini. Ini semua design cantik2 punye, baru punye..
Saya : Saya, ok tauke... Saya cuci2 mata skejap sementara tunggu tauke datang balik...
#Beberapa minit lepas tu........ Tik tok tik tok tik tok...
Saya : Macam mane tauke? Emas BETUL punya ka? TULEN ka?
Tauke : Ya loo, emas tulen punye, mana amoi dapat ini barang ma? CANTIK DESIGN... (sambil belek2 depan belakang, dalam hati saya lamenye tauke ni pegang, bile nak bagi balik ni... hahaha)
Saya : Saya suka kumpul ma barang ini macam. Boleh dapat kat GCP, sy trus tunjuk syarikat GCP punye kad sijil untuk dinar tu. (Dalam hati, alhamdulillah.... Akhirnya dapat meyakinkan customer bahawa produk GCP adalah 0% penipuan dan 100% emas dengan ketulenan 999.9 utk dinar)
Tauke : Amoi, tak payah simpan barang ini macam la... Rugi ma, orang cantik2 macam amoi mesti pakai barang kemas ini macam la... (Tauke tu pun tunjuk la rantai tangan pelbagai design kat saya, lepas satu, satu) Kalau amoi nak trade in itu barang, boleh dapat mcm ini punya ma... Lagi cantik, sesuai utk amoi pakai... Amoi ada berapa keping barang ini macam? Sudah lama simpan ka?
#Nampak x permainan tauke tu kat situ, macam2 die tanya soalan kat saya sbb die tahu apa yang saya ada tu berharga. Siap die suruh trade in dengan berang2 kemas die kat situ... Paling x bole blah bile die nk tahu sy ade brape keping... Motif? Mstilah utk ambil keuntungan. Kalau sy beli barang kemas die dengan ketulenan 916 leps tu berat plak lagi sedikit daripada dinar tu, mesti la sy yg teramat2 rugi. Tauke tu yg untung.
Saya : Ok la, trm ksh tauke... Nnt sy datang tgk2 lgi ya... Saya tak mau trade in ini barang ma... (ce teka> mase tu tauke tu tgh keluarkan nk dkt 6-7 design rantai tangan terbaharu kat sy, pdhl sy dh ckp xnk pn trade in, huhu)
# Akhirnya, customer tersebut yakin dengan ketulenan produk GCP & membelinya daripada saya. Sekian, trm ksh... hihi.....
# Kesimpulannya, GCP adalah syarikat yang membuat perniagaan jual beli emas sahaja. Tiada sebarang penipuan terhadap produk yang dikeluarkan. Jual beli emas pula dilakukan tanpa KOS UPAH dan HARGA BERPATUTAN, yang mampu dimiliki oleh semua.
#Inginkan keterangan lanjut? PM segera jikan anda berminat dengan simpanan emas... Tak semestinya anda akan beli dengan saya, mana2 pun boleh. Tapi, anda bijak... Anda fikir, anda banding anda nilai... Terpulang kepada anda.
#GCP, ur trusted brand (^_^*)
MAGNET KEKAYAAN - UNTUK MENGELAKKAN 'KEBOCORAN', JOM KETAHUI RAHSIA SIMPANANNYA
Emas mengelakkan 'kebocoran'
Apakah maksudnya?Simpanan emas telah membuatkan kita membekukan wang kertas dalam bentuk logam berharga yang diiktiraf di seluruh dunia. Malah, di dalam Al-Quran juga disebut mengenai emas perak berulang kali menunjukkan ia bukanlah sebarangan logam sebaliknya logam yang berharga (precious metal). Peringata juga diberi kepada yang menyimpan emas dan perak namun tidak berzakat. Rasulullah juga ada bersabda :
"Tidak ada seorang pun yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakat, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah SWT menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya."
Emas mengelakkan kita dari terjebak dengan skim cepat kaya, skim ponzi dan MLM yang hanya mencari downline serta pelbagai pelaburan yang tidak sah namun menjanjikan pulangan hebat setiap tahun. Menyimpan emas tidak menjanjikan anda pulangan bulanan namun ia menjamin kewangan anda di masa hadapan. Emas tidak boleh membuatkan kita kaya serta merta tetapi ia mengelakkan anda dari terus miskin.
Simpanan emas menyelamatkan kewangan anda dimakan inflasi! Tahukah anada berapa peratus inflasi yang berlaku setiap tahun?? Inflasi ini dapat dilihat dengan jelas apabila barang-barang sekeliling kita perlu dibayar lebih wang kertas untuk anda memilikinya. Jika dahulu anda boleh membeli banyak barang dengan RM50, sekarang wang dengan nilai yang sama hanya mampu membeli beberapa barang sahaja.
Wang kertas semakin disusut nilai kerana ia matawang yang tidak bersandarkan apa-apa. Negara kapitalis boleh mencetak wang fiat ini sesuka hati mereka dan merompak harta benda di seluruh dunia. Dalam masa yang sama merekalah penyimpan emas yang terbanyak. Mereka yang membuatkan anda, malah kita semua percaya wang merekalah yang paling berharga.
Setiap kali harga emas melambung, ia menunjukkan betapa lemahnya wang kertas. Wang kertas ini semakin susut nilainya. Mahukah anda menyimpan kertas yang semakin lama semakin tidak berharga??
Ya, pasti ramai yang akan katakan "mana boleh hiduo tanpa wang kertas". Baca lagi dahulu fakta seterusnya. Sedarkah anda wang kertas adalah debu-debu riba yang terpaksa kita gunakan pada hari ini??Wang kertas adalah riba. Ini yang disebut-sebut oleh pejuang dinar dan dirham yang tidak kenal erti penat lelah dalam usaha menyebarkan tentang peranan Dinar dan Dirham.
Jadi, dengan menyimpan emas anda sedang berusaha untuk menukarkan wang kertas anda kepada emas dan perak dan hanya tinggalkan sedikit wang kertas untuk keperluan. Wang kertas masih diperlukan sebagai medium pertukaran on the spot untuk membeli barang-barang keperluan lain. Namun sekarang, telah ada pihak-pihak yang menerima Dinar dan Dirham dalam transaksi bisnes mereka.
Simpanan emas ada auranya yang tersendiri, sekali anda bermula anda pasti ingin menyimpannya lagi. Ia beranak pinak dan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Jika menyimpan wang, bila sekali keluar masa terdesak, pasti akan keluar lagi. Akhirnya, simpanan semakin susut. Sudahlah nilainya sendiri semakin menyusut. Orang yang simpan emas dengan matlamat yang jelas, akan dapat rasakan agak rugi jika menjual emas sekadar untung mendapatkan wang fiat semula, melainkan anda benar-benar memerlukannya. Menyimpan emas boleh mengajar anda menjadi seorang yang lebih berjimat cermat, berhemah dan berbelanja semakin sederhana dalam melalui kehidupan. InsyaAllah..
Contoh yang jelas wang kertas menyusut
RM100k yang anda simpan sekarang, beberapa tahun akan datang, ditolak inflasi, nilainya mungkin hanya tinggal lebih kurang RM80k atau lebih kurang dari itu. Tapi, dengan menyimpan emas anda meletakkan nilai yang betul di tempat yang sepatutnya.
Emas semakin naik harganya untuk jangka masa panjang umpama magnet yang menariik kekayaan anda. Contohnya anda beli emas RM100k, beberapa tahun akan datang emas tersebut mungkin bernilai RM400k malah lebih dari itu.
Janganlah menganggap emas sebagai pelaburan, sebaliknya ia adalah simpanan aset yang tidak susut nilai seperti rumah dan hartanah. Emas adalah penyimpan nilai yang baik. Hal ini terbukti sejak 1400 tahun dahulu lagi. Aset terunggul yang mampu dimiliki dan dikumpul sedikit demi sedikit ketika anda memerlukannya. Emas adalah wang yang sebenar.
Sekarang mesti anda sudah faham bagaimana mengikat kewangan anda agar terlindung dari inflasi dan susut nilai serta peranannya sebagai magnet yang menarik kekayaan kepada anda. InsyaAllah...
# GCP, ur trusted brand. Hnya pm, untuk anda mendapatkan khidmat bimbingan percuma ttg emas / boleh terus order di sy...
PENGGUNAAN DINAR EMAS JADIKAN INSTITUSI KEWANGAN BERDAYA TAHAN
WANG dan sistem kewangan banyak berkaitan dengan penghasilan kekayaan. Malah, ramai beranggapan wang itu sendiri adalah kekayaan. Dalam hal ini, institusi kewangan memainkan peranan penting. Institusi kewangan berperanan memobilisi simpanan sedia ada serta menyalurkan kepada pelabur supaya digandakan untuk kekayaan dan penghasilan modal. Peranan dimainkan institusi kewangan ini tidak boleh dipandang remeh.
Setiap kali bercerita mengenai institusi kewangan, pasti yang terlintas di fikiran kita ialah bank. Hakikatnya bukan bank saja institusi kewangan dalam Islam kerana ada institusi kewangan lain seperti pertubuhan zakat, wakaf dan baitulmal. Institusi ini perlu diperkembangkan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang gawat ketika ini. Membicarakan peranan institusi kewangan dalm pembentukan pemilikan kekayaan masyarakat, kita tidak boleh mengetepikan kejatuhan mata wang yang melanda dunia kini. Setiap cadangan perlu mengambil kira dinamik dan kesan daripada krisis kewangan global.
Amat jelas kini sektor bank yang bertanggungjawab dalam kejatuhan sistem kewangan melanda dunia. Ia kegagalan sistem bank pusat dan kejatuhan sistem kapitalis. Perbankan sewajarnya dipertanggungjawabkan memandangkan bank banyak 'mencipta wang' begitu saja tanpa disandarkan kepada apa-apa, pada kadar yang jauh lebih tinggi ditambah penambahan kadar daripada kemampuan sebenar perkembangan ekonomi negara. Penciptaan wang ini dihasilkan melalui simpanan bank, di mana bank-bank Islam juga terbabit. Bank Islam pada masa ini kelihatan stabil dan mampu mengatasi krisis memandangkan mereka tidak melabur dalam instrumen hutang yang mengakibatkan kejatuhan mata wang. Tetapi, semua bank saling berkaitan antara satu sama lain melalui rangkaian transaksi perakaunan.
Oleh itu, kejatuhan bank konvensional yang disebabkan oleh kerapuhan kredit akan turut menjejaskan perbankan Islam. Perbankan dan kewangan Islam hari ini masih mempunyai banyak kekurangan contohnya, ia tidak berasaskan kepada ekonomi sebenar, sama seperti sistem konvensional.
Walaupun semua instrumen terus berkait dengan aset sebenar, malangnya wang ini tidak disandarkan dengan aset.Hari ini, sebagai rakan kongsi bank konvensional, bank Islam turut beroperasi dalam ruang lingkup sistem perbankan rizab sebahagian yang menggunakan wang fiat yang tidak disandarkan dengan komoditi sebenar seperti emas atau perak.
Ini berbeza dengan setiap transaksi berdasarkan prinsip syariah seperti perkahwinan, zakat dan sebagainya bersandarkan emas serta perak sebagai tukaran mata wang dan tidak boleh ditukar. Hal ini mengakibatkan bank mengamalkan sistem perbankan Islam kurang berdaya tahan dalam menangani kemelesetan kewangan global.
Oleh demikian, jika perbankan dan kewangan Islam ingin memainkan peranan bermakna ke arah peningkatan ummah, maka inilah masanya ia harus kembali kepada bentuk asal iaitu wang disandarkan kepada sektor komoditi utama. Kini adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang. Penggunaan dinar emas mengelakkan penghasilan wang yang akan mewujudkan gelembung. Tanpa usaha dan langkah itu, adalah mustahil memerangi masalah kemelesetan ekonomi global yang mendatang..
# Dah banyak sekarang kita didedahkan ttg inflasi / kejatuhan mata wang yang berlaku... Sebelum ini di zimbabwe, & pelbagai lagi negara yang lain. Kemelesetan ekonomi negara pd Tahun 1997 angkara Soros, itu semua disebabkan penciptaan wang fiat / wang kertas yang tidak bersandarkan kepada apa2, tidak mustahil, perkara ini boleh berulang lagi selagi sistem kewangan dengan menggunakan kertas ini diteruskan. Oleh itu, jom.. Lakukan apa yang kita mampu, kumpullah, sedikit demi sedikit emas & perak untuk masa hadapan kita bersama2. Saya boleh! Anda pun boleh! In Shaa Allah...
# Berminat utk mulakan simpanan emas, jom... Pm saya ...atau sms 013 252 8020
PELABURAN DALAM HARTANAH VS EMAS
Ada orang kata, " Buat apa beli kereta mewah, itu bukan pelaburan yang baik, biar kereta biasa-biasa sahaja, asalkan ada aset yang banyak untuk pelaburan di masa hadapan.
Ada juga yang kata, " kena beli rumah seawal mungkin, bukan apa, kalau lambat-lambat, nanti harga rumah akan melambung tinggi, kita juga yang rugi nanti!, Rumah merupakan pelaburan jangka masa panjang, setiap tahun harganya akan meningkat. Tapi ada juga yang kata, rumah ni aset yang susah nak cair! lebih baik kita melabur dalam EMAS dan PERAK, lagi bagus!, kalau susah-susah nanti mudah nak cairkan kembali! kadar kenaikan harganya sangat tinggi.
Dalam kemelut ekonomi yang semakin menekan hidup, kita selalu berhadapan tentang pelaburan apa yang paling menguntungkan dan sekaligus menjamin masa hadapan kita sekeluarga. Duit pastinya merupakan satu perbincangan yang hangat di mulut sesiapapun.
Keadaan ekonomi yang tidak menetu menimbulkan perasaan takut dikalangan orang ramai tentang apakah masa hadapan mereka dan anak-anak mereka akan terjamin atau tidak? Dengan penipuan, korupsi, kehancuran moral di kalangan masyarakat menjadikan semua orang merasa tidak selamat walaupun telah punya pendapatantetap. Apakah di hari esok akan tetap mampu menyara keluargaku.
Untuk memastikan anak kita mampu mendapat pelajaran dalam 10 ke 20 tahun akan datang, kita sudah perlu memikirkan tabungan pendidikan mereka sejak dari sekarang.
Untuk memastikan anak kita tidak merempat sekiranya ada apa-apa berlaku, kita sudah perlu memikirkan tentang polisi insuran.
Untuk memastikan mereka mempunyai tempat bernaung, kita perlu memikirkan tentang mebeli rumah dan tanah.
Tapi setiap pelaburan mempunyai risiko, dengan membeli rumah dan hartanah risiko kemungkinan rumah akan rosak atau roboh disebabkan malapetaka. Hartanah pula kemugkinan kita memerlukan wang dengan segera kita mungkin tidak dapat menjualnya secepat mungkin.
Jadi yang mana kekayaan anda? Semestinya EMAS!!!!
Emas adalah aset yang sebenarnya. Emas itu wang tapi wang bukanlah emas.
Sudah beribu-ribu tahun emas terbukti tahan terhadap insflasi. Harganya naik disaat insflasi juga naik. Memiliki emas adalah bermaksud memiliki kekayaan. Anda akan tetap kaya sepanjang masa.
Jadikan emas sebagai aset dalam hidup kita. Disini GCP ingin berkongsi rahsia bagaimana 100 gram emas boleh dijadikan 300 gram dan macam mana emas boleh menjadikan kita kaya dan menjadikan aset dalam kehidupan seharian kita.
Hadis dan Emas:
Abu Bakar Ibn Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasullah SAW bersabda " akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunkan oleh umat manusia MAKA SIMPANLAH EMAS, DINAR DAN DIRHAM.
Emas tidak mempunyai risiko. Ia bergantung kepada turun naik harga emas. So JANGAN PIKIR BANYAK!!! cepatlah beli emas di Goldcrest Pavillion (GCP) anda akan untung!!!
#Ingin memulakan simpanan emas? Jom, pm sy skarang... Emas, TANPA KOS UPAH, SUSUT NILAI RENDAH, & JAMINAN BELIAN BALIK YANG TINGGI.
EMAS DULU VS EMAS SEKARANG
Orang dulu :
1. Beli emas sebab tahu harga emas naik (tapi tak tahu sebab apa naik dan tak kisah dengan penurunan harga emas untuk jangka masa pendek). Apa yang mereka tahu, ada wang lebih akan dibuat untuk membeli emas.
2. Emas dibuat modal bisness.
3. Emas dijadikan alat untuk mengembangkan bisness.
4. Emas perhiasan lebih popular terutamanya di kalangan wanita.
5. Simpan emas di rumah.
6. Masih menyimpan wang fiat untuk tujuan saving.
Orang sekarang :
1. Beli emas dengan ilmu tapi sayang, ramai juga yang terjebak dengan skim pelaburan emas dan saham emas yang sebenarnya adalah skim piramid dengan harapan untuk menjadi lebih cepat kaya tanpa mengira ianya halal atau tidak.
Namun, hakikatnya lebih ramai yang beli emas tanpa ilmu kerana sikap tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu. Orang sekarang nak beli emas nak kena tengok graf dahulu, sanggup berjaga malam dan habiskan masa nak pantau untuk mendapatkan harga terbaik. Tak salah, tapi jangan sampai jadi leka dan lali pula sehingga tidak menunaikan tanggungjawab dan kewajipan.
2. Ada yang jadikan emas untuk rolling bisness, tapi ramai juga yang beli emas dan pajak- beli emas lagi sampai tinggal sekeping di tangan. Soalnya mereka perlu menangung kos upah simpan dan adakah menjadi satu keperluan untuk berbuat demikian?
Bukankah beli ikut kemampuan adalah lebih baik??
Ada juga yang memanipulasikan sistem Ar-Rahnu sehingga berlaku longgokan emas di Ar-Rahnu akibat aktiviti pemajakan oleh golongan yang tamak sehingga menafikan hak mereka yang benar-benar memerlukan pajakan untuk kesusahan. Kini syarat Ar-Rahnu semakin ketat kerana banyak masalah yang timbul akibat kaki-kaki pajak ini..
3. Sekarang emas dijadikan alat untuk mencipta pelbagai skim, syarikat jual beli emas juga tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Mereka adalah trader dan hanya segelintir yang berkongsi ilmu dengan masyarakat serta berusaha menyebarkan tentang emas dengan info yang betul. Selebihnya hanyalah untuk keuntungan (nama pun berniaga kan). Tapi, selagi urusniaga mereka,"beli emas, dapat emas di tangan- jangan risau, ini perniagaan yang genuine. Yang patut dirisaukan, beli emas dapat dividen, dapat surat pajak dan sebagainya.
4. Tahukah anda majoriti pengedar emas adalah lelaki? Mereka pun dah pandai menjual barang kemas perhiasan wanita. Selain itu, sekarang ada kepelbagaian emas fizikal yang semakin popular seperti gold bar (jongkong @ kepingan emas) dan dinar emas. Orang sekarang beli barang kemas, bukan untuk dipakai semata-mata tapi untuk disimpan.
5. Belum beli emas dah risau nak simpan dimana. Ini normal untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan simpanan emas. Ramai yang beranggapan banklah tempat yang paling selamat untuk simpan emas sehingga mereka terlupa rumah yang mereka diami selama ini yang mempunyai banyak port rahsia yang boleh dijadikan tempat simpanan emas mengikut kreativiti masing-masing.
Namun, jika kawasan rumah anda kawasan yang berisiko tinggi, bolehlah mencari safe deposit box yang menawarkan perkhidmatan menyimpan aset berharga anda dengan kadar bayaran tahunan yang berpatutan. Anda hanya perlu google untuk mencari info berkenaan.
Ada juga yang risau kena bayar zakat, sedangkan zakat itu untuk meningkatkan ekonomi orang Islam dan menyuburkan harta si pembayar zakat.
6. Bagi yang celik emas, simpanan wang fiat biasanya semakin berkurangan. Tetapi jika golongan yang belum celik emas, simpanan wang fiat mereka sama sahaja peratusannya dengan orang dahulu.
Orang celik emas, akan simpan wang untuk mengoptimumkan simpanan, menarik kekayaan umpama magnet dan melindungi kewangan mereka bukan simpan matawang semata-mata. Matawang bukanlah penyimpan nilai yang baik kerana sifatnya yang lemah, mudah binasa, susut nilai, tidak kalis inflasi dan tiada nilai intristik.
# Jom, pm sy sekarang untuk mulakan simpanan emas anda sekarang
Wednesday, 9 October 2013
Pelajaran minggu lepas
Alhamdulillah.
Minggu lepas pergi hantar emas kpd salah seorang pelanggan GCP.Bukan pelanggan,tapi akak2 tu ibarat macam kakak ku sendiri..hehe(perasan aku ni.)
Akak2 ku ini menyediakan servis menjahit pakaian..
Siapa dekat2 simpang eprtang boleh la hantar baju.pos pun bole
So antara yg saya nak kongsikan adalah,apa yg saya dapat tadi..
Perbualan seorang adik dan kakak.
Perbualan antara saudara islam
Perbualan antara rakan bisnes
Satu point yg betul2 menarik minat saya adalah,
contoh kalai kita pergi ke satu tempat tu dengan 10 langkah
Maka kesokannya,kita cuba sampaikan tempat tu dengan 9 1/2 langkah.
Keesokanya kita sampai dalam 9 langkah..
Maka setiap hari kita akan improve diri kita ke tahap yang lebih baik..Bertepatan dengan kata2 bahawa,hari ini lebih baik daripada semalam,esok lebih baik daripada hari ini..
Maknanya,kite akan keep improving ourself
Dulu datang jalan kaki.
Hari ni datang naik motor
Esok datang naik kereta
Insya allah lain kali lagi nak heli. ^^V
Point kedua,orang melayu kebanyakkan nya lebih suka makan gaji daripada berniaga.Ketakutan berniaga atau keberanian berniaga adalah bergantung didikan drpd ibubapa dan masyrakat sekeliling..Mereka yg lahir dalam fmly yg Business Minded,sedikit sebanyak anda ada sedikit kemahiran untuk berbisnes,walaupn kita tak berbisnes,namun naluri bisnes itu ada..
Point ketiga,kena istighfar dan berselawat setiap hari.Percakapan kite,perbuatan dan tingkah laku kita seharian ada potensi untuk kufur pada allah.Maka dengan istighfar selawat dan syahadah,maka kita mempebaharui iman kita.Bukankah kita pernah diberitahu oleh sabda baginda,akan datang manusia di akhir zaman,paginya beriman,malamnya kufur,malamnya kufur,paginya beriman.So sentiasalah kita perbaharui iman kita. ^^
Point keempat,kita berniaga ni,niat kerana allah.Niat utk bantu sesama manusia.Biasalah kalau mula2 tu niat nak untung.tapi sekarang kita kena perbetulkan niat.untung rugi bukan datang daripad customer kita.bukan datang dari perniagaan kita.Tapi untung rugi datang daripada Allah.Maka bersyukurlah..
Point keempat,bila kita sait,kita kena bersyukur.kena ucap alhamdulillah.sebab apa?sebab allah bagi sakit untuk hapuskan dosa2 kita.Allah bagi sakit untuk dekatkan kita padaNya.Dngan sakit,amal ibadah yang kita lakukan dengan susah payah,mendapat ganjaran lebih dari yg org tak sakit.Bila org tu sakit tak boleh berjalan tapi boleh duduk,bersyukur lah sebab ada yg sakit tapi terlantar.org terlantar bersykurlah sebba ada yg koma.org yang koma bersyukurlah sebab ada yg dah meninggal pun..
Point kelima,jangan sesekali terlibat dengan riba.kebiasaannya,orang2 akan fikir bagaimana dia nak pinjam duit untuk beli barang?Orang berniaga fikir bagaiman nak pinjam duit utk besarkan perniagaan dia..
Tapi jarang orang kita fikir,bagaiman nak beli benda tu secara cash..bagaiman nak kembangkan perniagaan tanpa terlibat dengan riba.Sesuatu yang dibina dengan cara yang halal,insya allah ada keberkatan.Maka, anda bijak jauhi riba.Say no to riba.Kumpul lah sikit2 ,pastu baru beli.kalau tidak berangan jelah,jangan ambil riba.
Point ke enam,esok lah sambung..ngantuk la pulak.hehe
Pesanan penaja : Ilmu yang baik itu dimanfaatkan bersama.Islam itukan bersaudara
Baca tulisan saya ni pun rezeki,maka yang baik itu simpan ketat2 dalam hati kita dan guna bila diperlukan
Trajedi Oktober = Bagaimana Saya bermula
3 Oktober 2012 - saya melangkah dengan penuh
tekad dan azam ke Hq GCP di Nilai untuk mendaftarkan diri sebagai
Authorised Dealer GCP AD3915
Berbekalkan RM2000 duit yg dikeluarkan dari Tabung Haji,Rm1000 digunakan sebagai bayran yuran untuk menjadi agen,dan Rm1000 untuk membeli emas kedua dalam hidup saya,iaitu rantai tangan pasir 5g (emas pertama adalah goldbar 1 yg dibeli pada 19/9/2012)
Mulanya sebelum mendapat kekuatan untuk mendaftar sebagai dealer GCP,saya terlebih dahulu mencopypaste gambar2 cincin2,rantai2 di web GCP dan upload di FB.
Setelah 2 minggu,akhirnya seorang sahabat bernama Ainishahirrah Khosidi telah menyatakan minat.minat utk membeli cincin yg saya upload tu..hehe^^
Lalu itu yg membuat saya tekad menyertai GCP sebagai dapat dapat customer pertama..2 minggu selepas beli goldba yang pertama,saya telah riki2 beberapa company emas yang lain.Bayangkan,saya sampai sanggup menggoogle kot ada2 article yg "negatif" tentang beberapa company termasuklah GCP.Akhirnya ada satu kome yang "buruk" tentang GCp yg saya baca.Tapi komen tersebut membuatkan saya makin tertarik.
Lalu seperti yg diberitahu,3/10/12 saya ke ofis GCP utk mendaftar.
Disebabkan sebelum menjadi delaer,banyak article2 tentang emas telah saya baca,dan ia sangat2 bermanfaat,maka saya telah wujudkan satu blog,bertujuan unutk saya copypaste article tersebut dan memudahkan saya untuk membuat rujukan.
Anda boleh lawati http://almahbubahjewellery.blogspot.com/
Kebanyakkan adalah info copypaste.Terima kasih kepada yg menulis article tersebut,kerana ilmu yang anda sampaikan,sampai tepat pada saya.
Sebab saya pun ambil saje benda tu,maka kawan2 yg nak ambil info2 dalam tu,silakan.NO copyright in Islam..
Maka saya terus melangkah menyimpan emas.Maka startlah proses penjimatan dalam hidup saya waluapun sebelum ni memang agak "berjimat2" sgt dah pun..
Maka saya terus berkongsi info2 emas sebab ada beberapa peristiwa berkenaan emas yg telah saya lalui sendiri yg membuatkan saya betul2 percaya bahwa,jangan ragy2 untuk menyimpan emas.Kalau tak percaya,tunggu je 10 tahun lagi. :)
Alhamdulillah.banyak ilmu sepanjang 1 tahun ini saya peroleh.Cara nak market kat FB.Cara nak tulis ayat2 Kat Fb.takdelah hebat mana pun..Tapi OKlah dari org yg tak buat apa2 pun kan..^^hehe
Dan sebanyak 167 order telah saya buat bersama GCP.(tak termasuk ada 3 order yg ada kawan2 baru bank in )
Yang menarik tentang GCP,selain keuntungan 8%..Kos penghantaran percuma adalah yg terbaikkkk..
Bayangkan 167 order tu dicaj rm10.Tak ker sy patut kena byr kat GCP rm1670..hehe.tapi semua tu percuma jer...jimat giler kalau nak berniaga dengan GCP ni..
Alhamdulillah.Apa yang saya dapat ni,asbab sahabat2 yang memberi penuh kepercayaan untuk membeli emas dnegan saya.Walhal ramai jer lagi peniaga2 emas di luar sana.Bahkan bersepah je lagi kedai2 emas di luar sana.Terima kasih saya ucapkan pada kalian..
Dan tahniah..beribuuu ribu tania kepada customer saya yang telah mengambil keputusan untuk mnejadi peniaga emas @ Dealer GCP.ANda berada atas platform yg betul.Maka berjalanlah bersama2.Insya allah pasti berjaya.Istiqomah is the word.
Sekarang menuju tahun kedua meniaga emas.Maka macam tokey GCP ni jugak,beliau membuka GCP pada tahun kedua berniaga emas,maka saya pun berazamn untuk membuka syarikat.Insya allah beberapa nama dah ada.Sikit jer lagi untuk proses akhir.
4 Oktober 2013
Insya allah bermula segmen baru.Ahad ni saya akan buat TT(org biasa kata table talk) dengan beberapa sahabat2 yg berminat nak menceburi perniagaan emas.Kita jmpe di Masjid Negeri Shah Alam pkul 10pagi.
Semoga Allah berkati dan rahmati usaha kita.
Kepada yang baru2 nak berjinak2 dalam perniagaan emas ni.Nasihat saya,anda berada dalam perancangan yang betul,keep on the track.Anda berniaga sesuatu yg tiada tarikh luput.Anda menjual sesuatu yg tidak akan basi..Anda memiliki logam yang berharga dunia dan akhirat.
Perancangan Allah menurunkan emas/perak pada manusai ada makna tersirat.
Ia bukan pada RM,ia adalah pada sunnah
Mengembalikan kegemilangan Tamadun Islam,bermakna,matawang sunnah yg akan digunakan adalah Dinar dan Dirham.Dinar diperbuat daripada emas.Dan Dirham adalah daripada perak.
Sekian terima kasih.
Akhirkata..
Katakanlah لا اله الا الله محمد رسول الل
Kejayaan manusia bukan pada harta pangkat dan takhta,tetapi kejayaan manusia apabila ia berjaya taat perintah Allah,dan ikut Sunnah baginda Rasulullah SAW
Saksikanlah Ya Allah.Sesungguhnya aku telah menyampaikanya :)
Berbekalkan RM2000 duit yg dikeluarkan dari Tabung Haji,Rm1000 digunakan sebagai bayran yuran untuk menjadi agen,dan Rm1000 untuk membeli emas kedua dalam hidup saya,iaitu rantai tangan pasir 5g (emas pertama adalah goldbar 1 yg dibeli pada 19/9/2012)
Mulanya sebelum mendapat kekuatan untuk mendaftar sebagai dealer GCP,saya terlebih dahulu mencopypaste gambar2 cincin2,rantai2 di web GCP dan upload di FB.
Setelah 2 minggu,akhirnya seorang sahabat bernama Ainishahirrah Khosidi telah menyatakan minat.minat utk membeli cincin yg saya upload tu..hehe^^
Lalu itu yg membuat saya tekad menyertai GCP sebagai dapat dapat customer pertama..2 minggu selepas beli goldba yang pertama,saya telah riki2 beberapa company emas yang lain.Bayangkan,saya sampai sanggup menggoogle kot ada2 article yg "negatif" tentang beberapa company termasuklah GCP.Akhirnya ada satu kome yang "buruk" tentang GCp yg saya baca.Tapi komen tersebut membuatkan saya makin tertarik.
Lalu seperti yg diberitahu,3/10/12 saya ke ofis GCP utk mendaftar.
Disebabkan sebelum menjadi delaer,banyak article2 tentang emas telah saya baca,dan ia sangat2 bermanfaat,maka saya telah wujudkan satu blog,bertujuan unutk saya copypaste article tersebut dan memudahkan saya untuk membuat rujukan.
Anda boleh lawati http://almahbubahjewellery.blogspot.com/
Kebanyakkan adalah info copypaste.Terima kasih kepada yg menulis article tersebut,kerana ilmu yang anda sampaikan,sampai tepat pada saya.
Sebab saya pun ambil saje benda tu,maka kawan2 yg nak ambil info2 dalam tu,silakan.NO copyright in Islam..
Maka saya terus melangkah menyimpan emas.Maka startlah proses penjimatan dalam hidup saya waluapun sebelum ni memang agak "berjimat2" sgt dah pun..
Maka saya terus berkongsi info2 emas sebab ada beberapa peristiwa berkenaan emas yg telah saya lalui sendiri yg membuatkan saya betul2 percaya bahwa,jangan ragy2 untuk menyimpan emas.Kalau tak percaya,tunggu je 10 tahun lagi. :)
Alhamdulillah.banyak ilmu sepanjang 1 tahun ini saya peroleh.Cara nak market kat FB.Cara nak tulis ayat2 Kat Fb.takdelah hebat mana pun..Tapi OKlah dari org yg tak buat apa2 pun kan..^^hehe
Dan sebanyak 167 order telah saya buat bersama GCP.(tak termasuk ada 3 order yg ada kawan2 baru bank in )
Yang menarik tentang GCP,selain keuntungan 8%..Kos penghantaran percuma adalah yg terbaikkkk..
Bayangkan 167 order tu dicaj rm10.Tak ker sy patut kena byr kat GCP rm1670..hehe.tapi semua tu percuma jer...jimat giler kalau nak berniaga dengan GCP ni..
Alhamdulillah.Apa yang saya dapat ni,asbab sahabat2 yang memberi penuh kepercayaan untuk membeli emas dnegan saya.Walhal ramai jer lagi peniaga2 emas di luar sana.Bahkan bersepah je lagi kedai2 emas di luar sana.Terima kasih saya ucapkan pada kalian..
Dan tahniah..beribuuu ribu tania kepada customer saya yang telah mengambil keputusan untuk mnejadi peniaga emas @ Dealer GCP.ANda berada atas platform yg betul.Maka berjalanlah bersama2.Insya allah pasti berjaya.Istiqomah is the word.
Sekarang menuju tahun kedua meniaga emas.Maka macam tokey GCP ni jugak,beliau membuka GCP pada tahun kedua berniaga emas,maka saya pun berazamn untuk membuka syarikat.Insya allah beberapa nama dah ada.Sikit jer lagi untuk proses akhir.
4 Oktober 2013
Insya allah bermula segmen baru.Ahad ni saya akan buat TT(org biasa kata table talk) dengan beberapa sahabat2 yg berminat nak menceburi perniagaan emas.Kita jmpe di Masjid Negeri Shah Alam pkul 10pagi.
Semoga Allah berkati dan rahmati usaha kita.
Kepada yang baru2 nak berjinak2 dalam perniagaan emas ni.Nasihat saya,anda berada dalam perancangan yang betul,keep on the track.Anda berniaga sesuatu yg tiada tarikh luput.Anda menjual sesuatu yg tidak akan basi..Anda memiliki logam yang berharga dunia dan akhirat.
Perancangan Allah menurunkan emas/perak pada manusai ada makna tersirat.
Ia bukan pada RM,ia adalah pada sunnah
Mengembalikan kegemilangan Tamadun Islam,bermakna,matawang sunnah yg akan digunakan adalah Dinar dan Dirham.Dinar diperbuat daripada emas.Dan Dirham adalah daripada perak.
Sekian terima kasih.
Akhirkata..
Katakanlah لا اله الا الله محمد رسول الل
Kejayaan manusia bukan pada harta pangkat dan takhta,tetapi kejayaan manusia apabila ia berjaya taat perintah Allah,dan ikut Sunnah baginda Rasulullah SAW
Saksikanlah Ya Allah.Sesungguhnya aku telah menyampaikanya :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
TIP EMAS: KENAPA PERLU ANDA SIMPAN EMAS SEKECIL 1...
-
FAEDAH MENJADI PENGEDAR FAEDAH MENJADI PENGEDAR. Dengan caj Pengedar RM1000 seumur hidup, pengedar akan dapat:- 1)Membeli emas dengan ha...
-
# Pengalaman saya sendiri bersama-sama salah seorang customer pada suatu pagi yang indah. Bagi memberikan kepastian kepada beliau bahawa...
-
Apa itu perniagaan emas? Perniagaan emas ni adalah macam perniagaan barang2 yg lain. Kita BELI emas,kemudian JUAL pada customer So persoalan...
-
Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Be...
-
BANGGA…Kamariah menunjukkan sebahagian barangan kemas hasil kegigihannya bermain kutu. “KALAU diikutkan, semua orang ada saja benda mahu...
-
Perkongsian menarik : Sesuai bagi individu-individu di luar sana yang merupakan penyimpan wang kertas tegar... & berhasrat untuk ...
-
Ada orang kata, " Buat apa beli kereta mewah, itu bukan pelaburan yang baik, biar kereta biasa-biasa sahaja, asalkan ada aset yang ...
-
Assalamualaikum.. Mesti ramai pembaca setia yang tertunggu-tunggu coretan GCP tentang topik nih!!! Ehehehe... Setiap kali apabi...
-
Pengenalan Sejarah penggunaan emas dalam kehidupan memang lama-hampir seusia dengan sejarah manusia sendiri Selepas kejatuhan ekonom...