Wednesday, 9 October 2013

Pelajaran minggu lepas



Alhamdulillah.
Minggu lepas pergi hantar emas kpd salah seorang pelanggan GCP.Bukan pelanggan,tapi akak2 tu ibarat macam kakak ku sendiri..hehe(perasan aku ni.)
Akak2 ku ini menyediakan servis menjahit pakaian..
Siapa dekat2 simpang eprtang boleh la hantar baju.pos pun bole

So antara yg saya nak kongsikan adalah,apa yg saya dapat tadi..

Perbualan seorang adik dan kakak.
Perbualan antara saudara islam
Perbualan antara rakan bisnes

Satu point yg betul2 menarik minat saya adalah,
contoh kalai kita pergi ke satu tempat tu dengan 10 langkah
Maka kesokannya,kita cuba sampaikan tempat tu dengan 9 1/2 langkah.
Keesokanya kita sampai dalam 9 langkah..

Maka setiap hari kita akan improve diri kita ke tahap yang lebih baik..Bertepatan dengan kata2 bahawa,hari ini lebih baik daripada semalam,esok lebih baik daripada hari ini..

Maknanya,kite akan keep improving ourself
Dulu datang jalan kaki.
Hari ni datang naik motor
Esok datang naik kereta
Insya allah lain kali lagi nak heli. ^^V

Point kedua,orang melayu kebanyakkan nya lebih suka makan gaji daripada berniaga.Ketakutan berniaga atau keberanian berniaga adalah bergantung didikan drpd ibubapa dan masyrakat sekeliling..Mereka yg lahir dalam fmly yg Business Minded,sedikit sebanyak anda ada sedikit kemahiran untuk berbisnes,walaupn kita tak berbisnes,namun naluri bisnes itu ada..

Point ketiga,kena istighfar dan berselawat setiap hari.Percakapan kite,perbuatan dan tingkah laku kita seharian ada potensi untuk kufur pada allah.Maka dengan istighfar selawat dan syahadah,maka kita mempebaharui iman kita.Bukankah kita pernah diberitahu oleh sabda baginda,akan datang manusia di akhir zaman,paginya beriman,malamnya kufur,malamnya kufur,paginya beriman.So sentiasalah kita perbaharui iman kita. ^^

Point keempat,kita berniaga ni,niat kerana allah.Niat utk bantu sesama manusia.Biasalah kalau mula2 tu niat nak untung.tapi sekarang kita kena perbetulkan niat.untung rugi bukan datang daripad customer kita.bukan datang dari perniagaan kita.Tapi untung rugi datang daripada Allah.Maka bersyukurlah..

Point keempat,bila kita sait,kita kena bersyukur.kena ucap alhamdulillah.sebab apa?sebab allah bagi sakit untuk hapuskan dosa2 kita.Allah bagi sakit untuk dekatkan kita padaNya.Dngan sakit,amal ibadah yang kita lakukan dengan susah payah,mendapat ganjaran lebih dari yg org tak sakit.Bila org tu sakit tak boleh berjalan tapi boleh duduk,bersyukur lah sebab ada yg sakit tapi terlantar.org terlantar bersykurlah sebba ada yg koma.org yang koma bersyukurlah sebab ada yg dah meninggal pun..

Point kelima,jangan sesekali terlibat dengan riba.kebiasaannya,orang2 akan fikir bagaimana dia nak pinjam duit untuk beli barang?Orang berniaga fikir bagaiman nak pinjam duit utk besarkan perniagaan dia..
Tapi jarang orang kita fikir,bagaiman nak beli benda tu secara cash..bagaiman nak kembangkan perniagaan tanpa terlibat dengan riba.Sesuatu yang dibina dengan cara yang halal,insya allah ada keberkatan.Maka, anda bijak jauhi riba.Say no to riba.Kumpul lah sikit2 ,pastu baru beli.kalau tidak berangan jelah,jangan ambil riba.

Point ke enam,esok lah sambung..ngantuk la pulak.hehe

Pesanan penaja : Ilmu yang baik itu dimanfaatkan bersama.Islam itukan bersaudara

Baca tulisan saya ni pun rezeki,maka yang baik itu simpan ketat2 dalam hati kita dan guna bila diperlukan

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive