Sunday, 27 October 2013
PENGGUNAAN DINAR EMAS JADIKAN INSTITUSI KEWANGAN BERDAYA TAHAN
WANG dan sistem kewangan banyak berkaitan dengan penghasilan kekayaan. Malah, ramai beranggapan wang itu sendiri adalah kekayaan. Dalam hal ini, institusi kewangan memainkan peranan penting. Institusi kewangan berperanan memobilisi simpanan sedia ada serta menyalurkan kepada pelabur supaya digandakan untuk kekayaan dan penghasilan modal. Peranan dimainkan institusi kewangan ini tidak boleh dipandang remeh.
Setiap kali bercerita mengenai institusi kewangan, pasti yang terlintas di fikiran kita ialah bank. Hakikatnya bukan bank saja institusi kewangan dalam Islam kerana ada institusi kewangan lain seperti pertubuhan zakat, wakaf dan baitulmal. Institusi ini perlu diperkembangkan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang gawat ketika ini. Membicarakan peranan institusi kewangan dalm pembentukan pemilikan kekayaan masyarakat, kita tidak boleh mengetepikan kejatuhan mata wang yang melanda dunia kini. Setiap cadangan perlu mengambil kira dinamik dan kesan daripada krisis kewangan global.
Amat jelas kini sektor bank yang bertanggungjawab dalam kejatuhan sistem kewangan melanda dunia. Ia kegagalan sistem bank pusat dan kejatuhan sistem kapitalis. Perbankan sewajarnya dipertanggungjawabkan memandangkan bank banyak 'mencipta wang' begitu saja tanpa disandarkan kepada apa-apa, pada kadar yang jauh lebih tinggi ditambah penambahan kadar daripada kemampuan sebenar perkembangan ekonomi negara. Penciptaan wang ini dihasilkan melalui simpanan bank, di mana bank-bank Islam juga terbabit. Bank Islam pada masa ini kelihatan stabil dan mampu mengatasi krisis memandangkan mereka tidak melabur dalam instrumen hutang yang mengakibatkan kejatuhan mata wang. Tetapi, semua bank saling berkaitan antara satu sama lain melalui rangkaian transaksi perakaunan.
Oleh itu, kejatuhan bank konvensional yang disebabkan oleh kerapuhan kredit akan turut menjejaskan perbankan Islam. Perbankan dan kewangan Islam hari ini masih mempunyai banyak kekurangan contohnya, ia tidak berasaskan kepada ekonomi sebenar, sama seperti sistem konvensional.
Walaupun semua instrumen terus berkait dengan aset sebenar, malangnya wang ini tidak disandarkan dengan aset.Hari ini, sebagai rakan kongsi bank konvensional, bank Islam turut beroperasi dalam ruang lingkup sistem perbankan rizab sebahagian yang menggunakan wang fiat yang tidak disandarkan dengan komoditi sebenar seperti emas atau perak.
Ini berbeza dengan setiap transaksi berdasarkan prinsip syariah seperti perkahwinan, zakat dan sebagainya bersandarkan emas serta perak sebagai tukaran mata wang dan tidak boleh ditukar. Hal ini mengakibatkan bank mengamalkan sistem perbankan Islam kurang berdaya tahan dalam menangani kemelesetan kewangan global.
Oleh demikian, jika perbankan dan kewangan Islam ingin memainkan peranan bermakna ke arah peningkatan ummah, maka inilah masanya ia harus kembali kepada bentuk asal iaitu wang disandarkan kepada sektor komoditi utama. Kini adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang. Penggunaan dinar emas mengelakkan penghasilan wang yang akan mewujudkan gelembung. Tanpa usaha dan langkah itu, adalah mustahil memerangi masalah kemelesetan ekonomi global yang mendatang..
# Dah banyak sekarang kita didedahkan ttg inflasi / kejatuhan mata wang yang berlaku... Sebelum ini di zimbabwe, & pelbagai lagi negara yang lain. Kemelesetan ekonomi negara pd Tahun 1997 angkara Soros, itu semua disebabkan penciptaan wang fiat / wang kertas yang tidak bersandarkan kepada apa2, tidak mustahil, perkara ini boleh berulang lagi selagi sistem kewangan dengan menggunakan kertas ini diteruskan. Oleh itu, jom.. Lakukan apa yang kita mampu, kumpullah, sedikit demi sedikit emas & perak untuk masa hadapan kita bersama2. Saya boleh! Anda pun boleh! In Shaa Allah...
# Berminat utk mulakan simpanan emas, jom... Pm saya ...atau sms 013 252 8020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
TIP EMAS: KENAPA PERLU ANDA SIMPAN EMAS SEKECIL 1...
-
FAEDAH MENJADI PENGEDAR FAEDAH MENJADI PENGEDAR. Dengan caj Pengedar RM1000 seumur hidup, pengedar akan dapat:- 1)Membeli emas dengan ha...
-
# Pengalaman saya sendiri bersama-sama salah seorang customer pada suatu pagi yang indah. Bagi memberikan kepastian kepada beliau bahawa...
-
Apa itu perniagaan emas? Perniagaan emas ni adalah macam perniagaan barang2 yg lain. Kita BELI emas,kemudian JUAL pada customer So persoalan...
-
Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Be...
-
BANGGA…Kamariah menunjukkan sebahagian barangan kemas hasil kegigihannya bermain kutu. “KALAU diikutkan, semua orang ada saja benda mahu...
-
Perkongsian menarik : Sesuai bagi individu-individu di luar sana yang merupakan penyimpan wang kertas tegar... & berhasrat untuk ...
-
Ada orang kata, " Buat apa beli kereta mewah, itu bukan pelaburan yang baik, biar kereta biasa-biasa sahaja, asalkan ada aset yang ...
-
Assalamualaikum.. Mesti ramai pembaca setia yang tertunggu-tunggu coretan GCP tentang topik nih!!! Ehehehe... Setiap kali apabi...
-
Pengenalan Sejarah penggunaan emas dalam kehidupan memang lama-hampir seusia dengan sejarah manusia sendiri Selepas kejatuhan ekonom...
No comments:
Post a Comment