PELABURAN EMAS---> ~Hanya Orang Kurang Bijak Tidak Bertindak~
Pelaburan emas? Masih relevankah?
Kenapa masih ada yang tertanya-tanya tentang pelaburan emas? Sedangkan
ia sudah jelas menjadi sebahagian daripada pelaburan yang memberikan keuntungan kepada setiap pelaburnya.
Tetapi majoriti daripada kita masih lagi teragak-agak untuk bertindak membeli sekurang-kurangnya 1 jenis emas.
Mereka lebih cenderung menggunakan duit untuk membeli sesuatu yang
berlandaskan nafsu. Yang akhirnya membawa bencana kepada diri dan
sia-sia.
Berikut ada satu kenyataan menarik yang diumumkan oleh Standard Chartered Bank mengenai harga emas.
Menurut satu laporan yang sahih, harga emas dijangkakan akan meningkat
kepada AS$5,000 seauns. Ini bermakna harga bagi satu gram emas adalah
dalam lingkungan RM503. Peningkatan harga ini dianggarkan akan berlaku
pada tahun 2020.
Mengapa berlakunya peningkatan yang ketara ini?
Semuanya disebabkan oleh permintaan kukuh dari dua negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, yakni China dan India.
Dalam masa sama, sepanjang tahun 2011, harga emas naik sebanyak 10
peratus. Malah mencecah pada paras tertinggi iaitu RM194 untuk harga 1
gram emas.
Sekali lagi, bagaimana peningkatan ini boleh berlaku?
Menurut sumber berita yang dikeluarkan Berita Harian, ia berikutan
daripada kebimbangan krisis hutang yang serius di Eropah. Dalam masa
sama, pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat juga tidak menunjukkan
sebarang perkembangan yang baik.
Apakah Tindakan Kita?
“Ketika orang lain tidak melabur, maka itu adalah masa untuk kita
melabur. Kerana pada waktu itu adalah masa pelaburan yang terbaik.”
Jika kita memiliki minda seorang pelabur yang kaya dan berjaya, kita
memandang isu ini sebagai satu peluang keemasan. Ketika masyarakat
tempatan teragak-agak atau menunggu masa terbaik untuk membeli emas,
kita mengambil peluang untuk membelinya dalam kadar yang mampu.
Jika kita mempunyai simpanan wang yang membenarkan kita untuk membeli 1
jenis emas, maka usah ragu-ragu. Hubungi pengedar emas yang kita kenal
sekarang.
Ia jauh lebih baik daripada membeli barangan-barangan
perkakas rumah, atau gajet yang tidak memberikan kita nilai jualan
balik yang lebih tinggi, dalam tempoh 3 hingga 5 tahun dari sekarang.
Tunggu Peluang atau Ambil Peluang?
Masa itu emas. Emas itu berharga. Jelas maksudnya sekarang.
Apabila kita bertindak hari ini, kita mempunyai satu peluang untuk
mempunyai aset yang bernilai tinggi pada tahun 2020. Bayangkan kita
membeli sekurang-kurangnya 1 gram emas pada harga RM194 hari ini.
Pada tahun 2020, ia boleh dijual pada harga RM503.
Jumlah keuntungan kita untuk 1 gram sahaja adalah RM309.
Bagaimana pula dengan mereka yang membeli lebih daripada 1 gram emas?
Berapakah nilai untung yang bakal diperoleh pada tahun 2020?
Justeru itu, tanya diri kita hari ini. Adakah kita mahu mengambil
peluang sekarang? Atau mahu menunggu datangnya peluang yang lebih baik
esok hari? Di mana peluang itu masih kabur-kabur dan tidak menentu.
Jawapan yang terbaik untuk melabur pada emas daripada jutawan Azizi Ali,
“Beli emas apabila sudah mempunyai modal. Kerana harganya akan sentiasa
meningkat. Kita tidak akan rugi besar dalam pelaburan emas.”
Jika kita sanggup untuk menyimpan RM2,100 bagi membeli iPhone 4S hari
ini, yang hanya menjanjikan keseronokan sementara. Adalah lebih baik
kita mengumpul sedikit wang, untuk membeli emas bagi dijadikan aset,
bagi menjadi lebih kaya dan bahagia.
Sesungguhnya, nilai
kekayaan itu terletak pada bagaimana kita menguruskan wang dan harta.
Langkah pertama menguruskan wang adalah dengan melabur terhadap aset
yang menguntungkan.
Aset itu pula… Tidak lain tidak bukan, adalah emas.
Mulakan pelaburan emas hari ini. Supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
TIP EMAS: KENAPA PERLU ANDA SIMPAN EMAS SEKECIL 1...
-
FAEDAH MENJADI PENGEDAR FAEDAH MENJADI PENGEDAR. Dengan caj Pengedar RM1000 seumur hidup, pengedar akan dapat:- 1)Membeli emas dengan ha...
-
# Pengalaman saya sendiri bersama-sama salah seorang customer pada suatu pagi yang indah. Bagi memberikan kepastian kepada beliau bahawa...
-
Apa itu perniagaan emas? Perniagaan emas ni adalah macam perniagaan barang2 yg lain. Kita BELI emas,kemudian JUAL pada customer So persoalan...
-
Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Be...
-
BANGGA…Kamariah menunjukkan sebahagian barangan kemas hasil kegigihannya bermain kutu. “KALAU diikutkan, semua orang ada saja benda mahu...
-
Perkongsian menarik : Sesuai bagi individu-individu di luar sana yang merupakan penyimpan wang kertas tegar... & berhasrat untuk ...
-
Ada orang kata, " Buat apa beli kereta mewah, itu bukan pelaburan yang baik, biar kereta biasa-biasa sahaja, asalkan ada aset yang ...
-
Assalamualaikum.. Mesti ramai pembaca setia yang tertunggu-tunggu coretan GCP tentang topik nih!!! Ehehehe... Setiap kali apabi...
-
Pengenalan Sejarah penggunaan emas dalam kehidupan memang lama-hampir seusia dengan sejarah manusia sendiri Selepas kejatuhan ekonom...
No comments:
Post a Comment