Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas?
Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas.
Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik.
Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akan kongsikan dibawah.
Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Bila minda sudah bersedia.. semuanya mudah belaka 
.
Siapkan minda anda terlebih dahulu.
First sekali, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:
1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.
2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masayang sesuai untuk bermula.
3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.
4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan.Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.
5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas.
Contohnya ialah:
i. Kitco (www.kitco.com)ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)iv. Mineweb (www.mineweb.com)v. Casey Research (www.caseyresearch.com)vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)
Baiklah, sekarang saya akan bercerita tentang pelan tindakan. Untuk pengetahuan anda pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik.
Inilah dia pelan tindakan anda.
Pelan tindakan.
Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:
- Tindakan pertama: mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu(buy gold first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
- Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.
- Tindakan ketiga: –untuk lebih untung lebih buat tindakan nie —
Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.
Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG!
Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik.
Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.
Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.
Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal

Gambar: Harga emas makin lama makin naik.
Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.
Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.
Jadi ambil tindakan sekarang!!
Langkah pertama – beli emas sekarang!
Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.
Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan. Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sekeping dinar setiap 3 bulan.
Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost averaging). Di dalam trend harga emas yang menaik atau menurun, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.
Kesimpulan:1. Ilmu emas sangat menguntungkan jika dibuat dengan betul.
2. Setelah mendapat ilmu yang betul, anda perlu membuat tindakan.
3. Kongsikan ilmu pelaburan emas dengan rakan-rakan Facebook anda.
nak tahu langkah yg ketiga tak...Add saya kat FB yer..
https://www.facebook.com/ibnuaddnan
No comments:
Post a Comment