Thursday, 11 October 2012

Tip Bijak Emas :Simpanan atau pelaburan?

Simpanan emas memainkan peranan sama seperti fungsi wang kertas yang disimpan di bank,amanah saham dan unit trust.Sudah tentu kita ingin menyimpannya lama kerana ia adalah untuk jaminan kewangan masa depan dan keperluan tertentu seperti tabung pendidikan anak-anak dan tujuan kecemasan. Simpanan emas bersifat jangka masa panjang,mungkin boleh dikatakan melebihi 10 tahun.Jangka masa sederhana pula ialah sekitar 4-5 tahun. “Saya ingin membeli emas,nanti harga dah naik,saya nak jual”…ini biasa diajukan. Ya..inilah yang dinamakan pelaburan.Jual emas selepas kenaikan harga.Prinsip ini dinamakan ‘buy low,sell high’. Persoalannya ” dapat duit hasil jualan emas tersebut,nak buat apa?” Jika disalurkan kepada sesuatu yang berharga juga seperti membeli aset lain seperti rumah,tanah dan nak buat modal bisnes..go on. Ada juga yang menjual semasa harga tinggi,dan merancang untuk membeli semula semasa harga rendah.Tak sesuai untuk orang yang tak ada kemahiran dan sibuk sebab ada orang suka beli dan tunggu,bukan tunggu baru beli. Kalau dah beli pun boleh buat-buat tak ingat,tak adalah nak tengok harga selalu :) (Tapi memang awal2 beli emas dulu sesiapa pun akan teruja hari2 nak tengok harga emas naik atau tidak..) Jadi,pesanan untuk orang baru,mahupun lama yang suka sangat tengok harga emas hari-hari itu,cubalah kurangkan,lainlah kalau nak menjual,memang kena tengok Sebenarnya,bila kita anggap emas sebagai simpanan,tak semestinya kita tidak buat pelaburan.Sebagai contoh: Contoh 1 Jika anda menyimpan 10g setiap tahun bagi seorang anak,untuk menampung pengajiannya sejak dia lahir lagi,maka 18 tahun kemudian jumlah terkumpul ialah 180g. Agak-agak 18 tahun lagi berapa harga emas tersebut?Secara tidak langsung kita telah pun melabur juga sebenarnya,tapi melabur dengan matlamat jangka masa panjang. Contoh 2 : Ahmad menyimpan emas sedikit demi sedikit : -20g setahun untuk menampung kos perkahwinannya -10g setahun untuk menunaikan haji -20g setahun masuk dalam tabung simpanan jangka masa panjang (mungkin untuk diwariskan pada anak-anak) -10g setahun untuk keperluan hari tua Semua yang disebutkan di atas adalah perancangan untuk masa depan kita dan bersifat “long term” (jangka masa panjang).Kalau mampu simpan lebih,simpan lebih gram,jika tak mampu jangan tak simpan langsung,simpanlah walaupun sedikit,contohnya 1 gram sebulan. Jadi semua golongan boleh mula menyimpan emas kerana kini amat mudah untuk mendapati emas dalam gram yang kecil seperti gold bar 1 gram dan barang kemas 1- 5 gram.Tiada alasan tidak mampu membeli atau emas mahal.(Emas tak pernah murah,dari dulu hingga kini). Satu masa nanti,bukankah bila Ahmad menjual emasnya, katalah beberapa tahun akan datang,pada waktu itu harga emas sudah tinggi berbanding sekarang? Inilah yang yang dikatakan sebagai menyimpan sambil melabur juga secara tak langsung. Orang yang melabur semata-mata boleh jadi dia kurang “menyimpan” emas,tetapi penyimpan emas,boleh simpan sambil melabur. Pilihan di tangan anda.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive