Wednesday, 17 October 2012

Ketika Harga Emas Sedang Turun


Sekarang harga emas sedang turun dengan banyaknya. Ketika harga emas turun selalu kami dihujani soalan kenapa harga emas turun sedangkan  kita selalu menyebut harga emas selalunya naik.


Jawabannya:

1- Allah jadikan masa harga turun peluang bagi mereka yang mempunyai budjet kecil untuk membeli emas. Contoh 1 gram bar 999 GCP minggu lepas berharga RM 224, sekarang hanya RM220.

2- Ini juga menunjukkan bukan hartawan sahaja yang boleh memiliki emas. Orang sederhana yang memiliki kesedaran emas boleh membeli emas ketika ini.

3- Penurunan harga emas ini tidak menunjukkan kerugian kepada pemilik emas. Tetapi peluang untuk menambah simpanan emas.

4- Emas adalah sebagai simpanan dan pelaburan. Ketika ini beli emas banyak-banyak untuk simpan. Proses menyimpan menunggu harga emas naik inilah dinamakan pelaburan.

5- Emas merupakan matawang sebenar dan aset yang bernilai. Ia menjadi lebih berharga ketika menghadapi keadaan ekonomi yang tidak stabil.

6- Emas walau apapun keadaan ekonomi samada keadaan ekonomi sedang meleset atau sedang berkembang ia tetap bernilai, berlainan dengan bon, saham dan matawang asing yang boleh kehilangan banyak nilainya ketika ekonomi jatuh.

7- Adakah masa sekarang sesuai membeli emas? Memulakan membeli emas tidak kira bila. Lebih awal membeli emas adalah lebih baik. Keadaan sekarang sangat sesuai membeli.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive