Wednesday, 24 October 2012

empat kisah riba...


 Kisah 1
”Prof , kamu ada berhutang apa-apa tidak?”
‘Tidak tidak tidak.saya takkan sekali-kali jatuh kepada hutang.saya mahu bebas.
Bila kamu berhutang, kepala kamu akan selalu berfikir tentangnya, dan pemikiran kamu jadi tidak bebas.
Kamu tahu , Yahudi suka cara ini, berikan orang hutang, hisap darah orang yang diberi hutang dan menguasai diri orang yang berhutang.
Saya takkan sesekali jatuh ke lubang ini.
Saya lebih suka kebebasan.”
Petikan perbualan dengan seorang Professor sejarah dari Universiti No 1 Rusia – MGU.
** masihkah kalian tidak lihat permainan yahudi dalam kehidupan umat islam?..
”ulama” islam sibuk meng’islam’kan bank-bank untuk memberi kemudahan hutang pada ummah , yang sekaligus membuatkan ummah ditarik kebebasan fizikal dan mental.
Riba dihasilkan dengan istilah-istilah mengarut yang sengaja dibuat agar ummah tidak faham.
-Shazwan Madihah

# Kisah 2
Ada Hamba Allah kata :
“Kalau harga rumah 100k,bunga 40k..ikhtiqodkan beli rumah berharga 140k,moga2 dpt lari dari riba…Wallahualam..”
Apa yang sebenarnya ? Baca kata seorang Hamba Allah yang lain pula
“Tak boleh tuan macam tu.
bila riba – kita perlu sebut riba.
bila jual beli , iya kita sebut jual beli.
kita bukan mahu berkeras dan sesuka hati sebut itu haram ini haram semua haram, tidak, ini bukan tujuan kita.
tapi untuk lebih jauh – kita faham apa masalah yang berakar umbi dalam masyarakat kita bahkan dunia – yang kaya makin kaya yang miskin terus merana – adalah disebabkan dari akar umbi – riba ini telah menjadi darah daging.
bila kita faham masalah sebenar, mudah untuk cari solusi.
tapi bila kita masih tidak cuba memahami masalah , kita akan kecundang nanti.
apa yang penting , jika ada dua pendapat yang bertentang , mintalah fatwa hati, yang mana jiwa lebih cenderung dan tenang , ambillah , jika hati dan jiwa rasa ragu-ragu , tinggalkan.”

# Kisah 3
Respon seorang Hamba Allah kepada satu pandangan tentang sistem ar rahnu..
“Mungkin tuan boleh bagi dokumen ini kepada majlis fatwa. Mereka boleh, bersidang, review fatwa dan update fatwa baru jika benar hukum sebelum ini silap. ramai yg kat sini follow fatwa jer.
terasa macam susah sikit nak beli kereta walaupun kereta kecit apatah lagi rumah sbb mengkiut perbincangan, semua loan2,, hatta ar rahnu ada unsur riba..”
Jawapan Hamba Allah yang benci riba :
“bab rumah – jika tak mampu beli cash, sewa dahulu.
jika ”rumah baru” mentainance bulanan 1000 sebulan dengan bank , cari rumah sewa 500 dan ke bawah jika boleh.lagi 500 simpan@tukar kepada emas/perak.
insya allah , jika bayar rumah dalam 30 tahun baru habis , tapi hasil simpanan ni, dalam 20 tahun in sya allah, boleh dapat rumah baru dengan cash.
begitu juga dengan kereta , banding beli baru , cari yang 2nd , yang masih elok, harga maybe separuh dari kereta baru.
apa yang saya belajar dahulu, orang beriman ni, dia sentiasa mencari jalan agar redha Allah itu berada di hadapan.
Semoga usaha ini diberkati.
tidak berbaloi saban bulan pening memikirkan hutang-hutang yang bertimbun , dan jika umur tidak seperti dijangka dengan perjanjian di bank , ianya memberi kesan pada isteri dan anak-anak kecil nanti- sama ada isteri terpaksa keluar rumah cari rezeki lebih masa untuk bayar ansuran bulanan hutang2 , yang mengakibatkan anak2 lebih terbiar.
anak-anak yatim yang tanpa ayah, dalam masa yang sama ibunya kurang menumpukan kasih sayang padanya, ada potensi gelap masa depannya jika tumpuan kasih ini tidak diuruskan sebaiknya oleh waris-waris (adik beradik arwah),keluarga.”
# Kisah 4 
Rasulullah pernah bersabda di mana akan ada zaman di mana mereka akan memakan riba’ dan yang tidak makan riba’ juga turut terkena debu-debu riba’
Kita jikalau boleh tidak mahu duduk dalam riba mahupun terkena debu-debu riba’, kalau boleh,kita harus mencuba untuk KELUAR dari kondisi riba?
Izinkan saya untuk memberi 2 contoh :
1) Sama seperti haramnya makan babi,jikalau kita berada di hutan amazon,lalu tidak menjumpai sebarang makanan,maka dalam kondisi darurat ,jikalau terlintas seekor babi,maka harus makan sekadar alas perut sahaja ,
dan menyambung perjalanan untuk mencari JALAN KELUAR dari hutan amazon,tetiba terjumpa kedai makanan dan di sebelah kedai makan ada seorang babi,apakah masih darurat sekiranya memakan babi pada waktu itu?
Tidak,sudah tidak di gelar darurat lagi kerana sudah ada kedai makanan,dan baginya haram jikalau masih memakan babi tersebut.
2) Dalam perjalanan di tanah pasir,setiap langkah pasti akan memijak tanah dan lalu keluarlah debu-debu dalam tanah,seseorang itu memastikan bahawa dia tidak terkena debu-debu pasir itu,kerana ianya akan mengakibatkan keburukan sepanjang perjalanannya,
namun jikalau seseorang tidak memperdulikan akan debu-debu di tanah,lambat laun,angin-angin yang meniup debu -debu itu pasti pasti TERKENA orangnya dan akan mengakibatkan ganguan debu-debu di mata dalam sepanjang perjalanan.
Jadi kunci yang harus ada pada diri kita sekarang?
iaitu sudah kita untuk mencuba KELUAR daripada TERKENA debu-debu riba? Jangan katakan,oh kita tidak boleh buat apa-apa dan bermacam-macam lagi alasan.
Kerana orang yang TERKENA debu-debu riba’ ,lambat laun akan termakan riba’ Ketahuilah Allah dan Rasul mengistiharkan perang kepada yang memakan riba’ dan ketahuilah bahwa Allah dan Rasul melaknat orang yang makan riba dan ketahuilah bahwa ianya di antara 7 dosa-dosa besar.
dan Allah s.w.t pasti akan menyanya kepada kita;
Apakah yang kamu lakukan untuk menyelamatkan keluarga kamu?
Buat renungan bersama!
Semoga kita sentiasa berusaha menjauhkan diri kita dari riba..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive