Monday, 22 July 2013

BAGAIMANA BANK MENCIPTA WANG RIBA. MESTI BACA!!!



Perkongsian menarik : Sesuai bagi individu-individu di luar sana yang merupakan penyimpan wang kertas tegar... & berhasrat untuk terus menyimpan wang kertas dalam jangka masa panjang berbanding emas. Awas! post kali ini panjang, tapi luangkanlah masa anda untuk mengetahui kebenaran yang tidak semua orang mahu tahu... =) SELAMAT MEMBACA...

DEBT SLAVE (Hamba Hutang)

Benar, kerajaan mencetak wang kertas kita tetapi itu hanya mewakili 3% dari jumlah wang dalam negara. Sebahagian besar wang dicipta melalui pinjaman bank komersial.Cuba kita andaikan wang kertas dalam negara bermula "$0" untuk memudahkan pemahaman ke atas sistem ciptaan wang di dalam ekonomi negara dan peranan bank negara serta komersial.

Peringkat 1 : Wang Permulaan "$0"
Anda pegawai tinggi kerajaan berpendapatan $10,000. Dari manakah kerajaan mendapatkan $10,000 untuk membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara "$0"?

Peringkat 2 : Kertas Ditukar Kertas, Menjadi Wang
It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.

Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari manakah Bank Negara mendapatkan $10,000 kerana wang dalam negara masih lagi "$0"?

Bank Negara melakukan "magik" dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000 dan nilai ini semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang. Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan pada peringkat ini untuk pemahaman awal sistem "ciptaan wang riba" ini.

Kesimpulan awal ialah wang atau "bank note" ialah "hutang"; hutang kerajaan dan kemudian daripadanya termasuk hutang rakyat.

Peringkat 3 : $10,000 pertama dalam negara
Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.
Jika wang dibelanjakan, situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke bank. Kini wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.

Peringkat 4 : Sistem rizab dan riba berganda-ganda
Berdasarkan simpanan $10,000 ini, bank menjadikan 10% atau $1,000 sebagai rizab Bank Negara. Akibat daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan 90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi sekadar jumlah yang direkodkan dalam sistem perbankan.

Dakwaan bank memberikan pinjaman dari simpanan pendeposit adalah perdayaan! Ini kerana jika jumlah wang dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menangung kos pentadbiran dan bayaran dividen pendeposit?

Jika bank membayar dividen $1,000 maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu, bagaimana bank berupaya mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya $10,000?".....Of course, they(bank) do not really pay out loans from the money they receive as deposits. If they did this, no additional money would be created.."

Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama, iaitu "If they did this, no additional money would be created". Bank sekadar memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam) direkodkan secara tepat dan tiada "NPL" (No Performing Loan)

Peringkat 5 : Ciptaan wang atas angin
Kini Bank meminjamkan wang $9,000 yang baru dicipta kepada Lina, dan merekodkan akaun aset bank menyamai akaun liabiliti peminjam.

Seperti anda, Lina mendepositkan ke bank atau berbelanja dan penjual mendepositkan $9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah daripada $10,000 kepada $19,000.

Peringkat 6 : Rizab yang di "Recyle"
Bagi simpanan penjual $9,000 ini, bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan berupaya mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu gandaan 90% daripada rizab $900.
Kini, Zizan mengambil pinjaman $8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual mendepositkan $8,100 dan jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada $27,100.

Peringkat 7 : Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin
Proses bank mencipta wang melalui pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada ciptaan wang baru bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, $5,314 dan sehinggalah ciptaan wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.

Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang. Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi negara dapat terus berkembang.

Peringkat 8 : Semua akan bankrup tanpa anda sedari!!
Terdapat persoalan penting bagi kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan bank hanya mencipta wang "prinsipal" melalui pinjaman, sedangkan wang bagi membayar bunga pinjaman tidak dicipta.
Oleh itu dan jika bank menetapkan bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10 tahun, ini bermaksud kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar kembali ialah $200,000.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau $200,000) memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?
Kerajaan boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana terdapat negara lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar untuk menanggung bunga pinjaman mereka.

Sistem ini menetapkan jika satu negara menjadi maju maka pasti terdapat beberapa negara lain yang akan sengsara dan kebuluran.

# Inilah yang dikatakan inflasi sebenarnya... Oleh sebab inilah RM1 dahulu dapat membeli 5 biji kuih, kini RM1 hanya dapat membeli 3 biji kuih yang sama...

# Emas? Bukankah nilainya akan sentiasa melonjak. Emas, merupakan Wang Sunnah, juga merupakan aset yang kalis inflasi...

# Jom, pm sy untuk mulakan simpanan emas anda... Semestinya hanya di GCP, tukarkan sebahagian wang simpanan anda kepada EMAS!!!

Monday, 15 July 2013

4 Sebab kenapa perlu anda simpan emas sekecil 1 gram ini



TIP EMAS:

KENAPA PERLU ANDA SIMPAN EMAS SEKECIL 1 GRAM INI?

Mesti anda fikir nak buat apa emas yang kecil-kecil untuk simpanan. Ramai antara kita yang anggap “emas yang besar tu baru nampak best kalau simpan”. Tidak dinafikan pendapat tu betul.   Tapi anda juga perlu tahu kenapa kita juga perlu simpan dengan berat yang kecil seperti ini (dalam gambar di bawah tu) :-)


gold bar 1 gram gcp

1. Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih dan saiz yang lebih besar. Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas seperti begitu berat dan besar sekali gus. Mesti nak kena kumpul duit dulu. Jadi, sekarang kita tak perlu tertunggu-tunggu lagi untuk membelinya. Pendapatan tetap yang kita dapat setiap bulan tu bolehla kita tukarkan dengan emas serta merta, bukankah begitu tuan-tuan & puan-puan? :-)

2. Kebetulan sekarang musim harga emas menurun, rugilah kita kalau nak tunggu-tunggu lagi duit simpanan jadi banyak baru nak beli. Sebab kita akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram emas :-) . Senang cerita, cukuplah sekadar memiliki emas dengan berat yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli emas yang lebih berat dan besar.

3. Kekadang kita mungkin akan menghadapi krisis kewangan dan betul-betul memerlukan wang, jadi terpaksalah kita menjual emas-emas simpanan kita itu. Cuba anda fikir, jika kita hanya perlukan wang dalam RM500 je, takkan nak jual emas yang beratnya 20gram? Pastinya anda rugi. Daripada jual yang berat dan besar tu baik jual yang kecil-kecil dan itulah masanya yang sesuai memanfaatkannya. Jadi kita selamatlah dari pada mengorbankan emas kita yang berat-berat tu, hehehe =)

4. Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil. Sebab kita tidak perlu modal yang banyak. Simpan sikit-sikit,lama-lama jadi membukit juga kan. :-)
gcp 1 gram 1 bulan

Sunday, 7 July 2013

Tsunami emas yang membadai dunia


13 FAKTA

1)Sekarang ini kita menyaksikan kejutan kejatuhan harga emas yang sangat besar dalam sejarah. Ini boleh juga dianggap tsunami kepada pelabur, pedagang ,peniaga sehingga peruncit- peruncit emas. Semua pihak tertanya -tanya apakah punca kejatuhan komoditi beharga ini sehingga begitu teruk sekali dalam tempoh 50 tahun. Terakhir kejatuhan teruk pernah berlaku pada tahun 2008 ketika krisis subprime meruncing sekitar dua puluh percent lebih harga emas jatuh. Setahun kemudian harga emas terus mencanak naik hingga kemuncaknya pada bulan Ogos 2011 mencecah rekod kenaikan tertinggi dalam sejarah $1930 oz. Kemudian pada tahun 2012 harga emas turun sedikit tetapi masih tinggi dan tidak naik mencatat rekod baru.

2) Pada masa yang sama tahun 2012 menyaksikan krisis hutang di zon eropah seperti Greek, Spain dan Cyprus dan juga digembar gemburkan tentang fiscal cliff yang mana polisi hutang kewangan AS zaman Bush tamat dan satu undang2 baru akan digubal oleh pentadbiran Obama. Dalam masa yang sama Amerika juga bergelut dengan masalah hutang dan billed out bank-bank dengan melancarkan beberapa pusingan pembelian bon kerajaan juga dikenali sebagai Quantitative Easing 1, 2 dan ketika dengan pembelian bond sebanyak $85 billion sebulan oleh Federal Reserve yang sekarang konunnya akan diperlahankan mulai bulan September depan atas sebab pemulihan ekonomi semakin baik di AS.

3) Apapun alasan dan sebab musababnya tidaklah diketahui hakikat sebenarnya. Walaupun berita analisa analisa teknikal dipaparkan tentang kemungkinan harga emas naik atau turun, semuanya boleh dibangkul sampahkan disebabkan analisa2 tersebut ada yang sengaja disiarkan oleh agen-agen dan reporter reporter upahan Kapitalis untuk menarik pelabur2 kecil supaya merangsang pembelian. Sedangkan apabila ramai pelabur2 kecil masuk pasaran, mereka menjual dengan volume yang besar atau profit taking menyebabkan harga jatuh. Ini akan menyebabkan kerugian kepada trader2 dan investor kecil. Saya memang tidak terikut dan percaya dengan berita2 pasaran yang dipaparkan tetapi mengambil sikap bertentangan. Maknanya kalau banyak keluar berita2 rangsangan menyuruh beli emas dan perak, maka saya jangka harganya pasti nak jatuh nanti. Tetapi sekiranya diberitakan komoditi tersebut tidak selamat untuk simpanan dan harganya diberitakan akan jatuh, maka saya percaya dia akan berlaku sebaliknya. Kerana ini ialah game Kapitalis, bank2 persatuan pedagang2 emas. Mereka yang menentukan halatuju harga komoditi tersebut. Segala data2 pergerakan dan pemilikan semuanya didalam genggaman mereka. Tak pelik kan?

4) Kesan kejatuhan emas kepada pelabur yang membeli emas tanpa pegangan fizikal seperti membeli emas berbentuk akaun simpanan di bank2 seperti Maybank, Public Bank, Uob Bank dan Kfh, buat masa ini bank tersebut mengaut untung daripada pelabur disebabkan pelabur yang beli dalam tempoh 3 tahun Lepas kalau jual pasti rugi. Ini kerana semasa mereka beli harganya mahal, tetapi kalau jual sekarang harga ditambah pula tolak spread 4% harga sangat rendah. Maka banklah yang untung, tetapi sekiranya pelabur masih tak jual, bank masih untung dengan mereka masih dapat menggunakan modal kita lagi yang terbeku di dalam buku akaun mereka.

5) Pekedai, peruncit dan peniaga barangan kemas pula menghadapi masalah kerugian disebabkan harga emas sekarang rendah diparas harga tahun 2010. Jadi jika stok emas mereka yang dibeli pada selepas tahun 2010 sudah tentu peniaga kedai emas rugi, sedangkan sekarang pembeli dan pengguna emas tidak akan melepaskan peluang menyerbu kedai- kedai emas untuk membeli emas murah sekarang. Jadi untuk mengelakan kerugian maka, persatuan tukang2 emas telah menaikkan harga workmanship 100% cas tambahan untuk recover harga emas yang murah sekarang. Jadi pengguna tetap tidak dapat harga emas yang hakikatnya jatuh dan murah sekarang.

6) Bagi pelabur-pelabur emas fizikal seperti syiling dinar, gold bar dan sebagainya pula menghadapi dilemma harga beli pada harga mahal dahulu, sekarang harga murah, kalau sesak duit terpaksa jual ditambah pula tolak dengan spread juga menanggung kerugian. Tetapi masih ada alternatif untuk recover kerugian bergantung kepada kemahiran pelabur tersebut dan syarikat yang dibeli dahulu. Tetapi masih berisiko. Sesetengah penjual emas pelaburan tidak mahu menjual emas mereka pada masa sekarang disebabkan konunnya kehabisan stok yang pada hakikatnya mereka tak mahu jual kerana harga murah sedangkan stok mereka beli dahulu mahal.

7) Bagi saya kedudukan harga emas sekarang ini iaitu jatuh teruk kepada $1235oz sesuatu yang dirancang oleh kapitalis untuk menggertak pemilik emas fizikal supaya mereka menjualnya dengan memaparkan persepsi bahawa emas juga tidak selamat, maka orang akan beralih kepada pelaburan saham atau bon yang sebenarnya menjadi darah daging sistem kapitalis. Mungkin juga mereka merasa terancam sekiranya rakyat semua memilih emas fizikal yang boleh disimpan sendiri akan menjejaskan sistem perbankan mereka yang mana mereka sangat berkuasa untuk memiliki apa sahaja eset didunia ini hanya dengan nota bank mereka, atau membuat silap mata hasil atas penipuan mereka mencipta wang kertas.

8) Jadi, bagi saya situasi kejatuhan harga emas yang teruk sekarang ini adalah satu kelebihan bagi pembeli emas untuk memiliki emas yang murah. Juga kepada pelabur emas fizikal, walaupun stok yang terdahulu beli mahal, tetapi bagi saya ada cara tersendiri untuk membuat keuntungan dan sangat menarik untuk saya. Jadi apa harus dilakukan bukanya takut sebab harga jatuh, tetapi membuka peluang yang besar untuk saya buat keuntungan. Hahaha.

9) Biarkan harga turun lagi, sampai paras terendah setakat mana dia akan turun. Taktik permainan juga berubah, mereka kapitalis besar mungkin juga sedang menanti untuk membuat kejutan dengan mananti peluang mendapat emas murah untuk diborong habis- habisan apabila pelabur2 kecil tidak yakin dengan emas lagi. Kita tunggu dan lihat.

10) Perlu diingat, semua pelaburan mesti ada permainan dan risiko tertentu seperti pepatah inggeris they gain from our lost, we gain from their lost.

11) Semua komoditi dunia didagangkan tidak lepas dari pengaruh speculator. Emas, perak, makanan, minyak dan sebagainya adalah tidak terlepas daripada permainan2 kapitalis elit yang hanya membuat keuntungan atas angin secara berlebihan. Akibatnya penduduk dunia rakyat sengsara dengan permainan manipulasi mereka.

12) Menyingkap kembali bagaimana harga besi dan bahan binaan yang naik mendadak pada beberapa tahun lepas diikuti dengan harga minyak yang mencecah $147 setong, krisis kekurangan makanan dan kenaikan harga makanan seperti beras, harga perak naik memuncak sehingga $48 oz (168%) tahun 2011, emas $1930oz kemudian mulai muncul krisis hutang euro zone dengan beberapa negara bankrap seperti Greece, Cyprus juga downgrade triple A kepada 2 A oleh Standard and Poor dan kemuncak fiscal cliff Amerika.

13) Apa yang kita saksikan sekarang adalah percaturan baru kapitalis untuk mengekalkan kuasa keatas penduduk dunia. Dan terus memperbodohkan kita dengan menyebar berita2 palsu, menyebarkan dakyah2 penyebaran penyakit berbahaya semata2 untuk tujuan mengaut keuntungan untuk membekal vaksin dan ubat ubatan untuk manusia.

Selamat Melabur!

Tuesday, 2 July 2013

Siapa yang harus menjadi pengedar GCP?


Siapa yang harus menjadi pengedar GCP?
  • Mereka yang ingin berubah dari simpanan wang kertas (susut nilai) kepada simpanan wang yang sebenar iaitu emas (kalis inflasi,tidak susut nilai dan pelindung kewangan)
  • Mereka yang ingin menyimpan logam berharga sebagai penyimpan nilai yang baik menggantikan wang kertas yang peranannya cuma sebagai medium of exchange
  • Mereka yang ingin membuat simpanan konsisten setiap bulan atau berterusan
  • Mereka yang berminat untuk menyimpan sambil meniaga emas dan menjana keuntungan sampingan
  • Mereka yang ingin mengelakkan kebocoran kewangan dan ingin belajar bagaimana menarik kekayaan umpama magnet
  • Mereka yang ingin lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan dan berbelanja dengan berhemah
  • Mereka yang ada kesedaran mengenai hakikat wang kertas dan ada rasa tanggungjawab untuk menyampaikannya kepada orang lain.
Kategori individu yang sesuai menyimpan/meniaga emas :
 1.Individu yang mempunyai kerja tetap
Tak ada masa nak buat bisnes lain.Bisnes emas ini hanya memerlukan anda rajin bercerita sahaja.Hanya educate orang tentang emas.Apa yang penting ilmu anda sendiri tentang emas perlu mantap.Once mereka sudah jelas,memudahkan anda kerana biasanya belian berulang.Ia boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda
2. Individu yang Anti MLM
Tak suka nak cari-cari orang(downline).Jika anda  pelabur/penyimpan..simpan sahaja dah untung,tak perlu buat apa-apa.
Jika anda adalah penyimpanmerangkap dealer-amat menyenangkan sebab smua orang dah tahu emas berharga dan menguntungkan.So tak perlu nak cerita  panjang-panjang.Kadang-kadang  kesian dgn orang yang jual barang-barang terutamanya produk MLM.Macam-macam mereka  terpaksa cerita dan buat untuk tarik pembeli.
Tapi emas?Tak perlu ..kerana semua orang sudah tahu emas berharga..apa yg mereka tak tahu ialah sebab perlu simpan emas dan bagaimana nak generate emas tak kira modal kecil atau besar,serta kepentingan emas.Konsep convert money to gold (tukarkan wang kertas kepada emas )pun perlu dijelaskan.
3.Individu  yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan pendapatan
4.Surirumah
Boleh jadi back up kalau berlaku apa-apa.Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.
5.Orang tua atau warga emas
Senang hendak  pergi haji atau back up di hari tua.Maklum sahaja sebab banyak sekali kes anak buang ibu bapa sekarang,jadi dengan simpanan emas anda telah pun melakukan tindakan yang bijak sebagai salah satu sumber di kala memerlukan nanti.
6.Pekerja swasta tak kirala yang gaji murah atau mahal
Rancang  untuk masa depan anda bagi memastikan kewangan lebih baik
7.Pelajar atau  anak-anak
Sebagai tabungan pendidikan dan insurans.
Ramai pelajar sekarang sudah  celik emas,guna PTPTN untuk beli dinar dan gold bar 1 gram,hasil berjimat cerma dan kesedaran mengenai emas.
Ibubapa yang menyimpan emas untuk anak-anak mereka dari kecil,sudah tidak memerlukan pinjaman PTPTN pada masa akan datang.
8.Individu yang masih bujang.
Terutamanya lelaki,kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama,harga emas waktu anda hendak kahwin sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu.Sekarang juga dah jadi trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran.
9.Individu yang minat emas.
Ada yang simpan hanya sebab minat dengan keindahan emas dan seolah-olah ketagih membeli emas bila ada peluang.Ini sebenarnya tabiat yang baik,tapi janganlah semua simpanan anda ditukarkan dalam bentuk logam berharga,simpan sebahagian dalam bentuk cash untuk keperluan kecemasan dan pertukaran on the spot untuk membeli barang dan sebagainya.
10.Individu yang ada perancangan meniaga
Bagi mereka yang ingin meniaga pada masa akan datang bolehlah mula menyimpan emas ,kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda,sama ada anda mencagarnya di bank atau menjual emas tersebut.Pilihan di tangan anda.

Ada orang yang tidak ada sebab khusus kenapa menyimpan/meniaga emas,tapi kerana minat dan jadi macam hobi pula mengumpul emas.Yang pasti ianya hobi yang menguntungkan :) 
Pendek kata..sesuai untuk semua individu simpanan emas ini.
Mulakan pelaburan anda walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram.Siapa yang ada modal besar..bonus bagi anda.
Namun yang manakah lebih baik..modal kecil tetapi sudah bermula atau langsung tidak bermula sebab nak tunggu modal besar?
Fikir-fikirkanlah..
Beli emas sebenarnya tak perlu modal,cuma tukarkan simpanan sedia ada anda sebahagiannya dalam bentuk emas

Popular Posts

Blog Archive